NUTP cadang kenaikan gaji thnan insentif khas guru MA, PhD

3288 bm 1 - NUTP cadang kenaikan gaji thnan insentif khas guru MA, PhD
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), mencadangkan pemberian insentif khas kepada guru yg melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (MA) dan Doktor Falsafah (PhD) dlm bentuk Hadiah Kenaikan Gaji (HKG) secara thnan.

Presidennya, Aminuddin Awang berkata, pihaknya mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan agar guru yg mula berkhidmat menggunakan ijazah sarjana muda dan kemudian menyambung dan tamat pengajian di peringkat MA diberi insentif dua kali HKG manakala PhD pula menerima empat kali HKG.

Beliau berkata, pd masa ini guru yg baru tamat pengajian di peringkat MA atau PhD tidak menerima tambahan kenaikan gaji sama seperti guru mula berkhidmat menggunakan MA serta PhD dgn gaji permulaan lebih tinggi.

“Kita amat mengalu-alukan cadangan tersebut kerana NUTP telah memperjuangkan isu pemberian insentif kepada guru-guru yg asalnya tidak mempunyai MA dan PhD ini tetapi mereka melanjutkan pelajaran di peringkat tersebut semasa sedang berkhidmat,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Semalam, media melaporkan Kementerian Pendidikan bercadang memberi insentif kepada guru yg melanjutkan pelajaran di peringkat MA dan PhD.

Menterinya, Dr. Maszlee Malik dilaporkan berkata kementerian itu akan mengadakan perbincangan dgn Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung cadangan itu.

Sementara itu, Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) Jasni Md. Kechik menyarankan pemberian insentif itu diberikan kepada semua guru sama ada mereka yg baru memulakan perkhidmatan berkelulusan MA dan PhD atau guru berpengalaman sedia ada tetapi baru menamatkan pengajian di peringkat itu.

“Kita mahu semua guru yg ada MA atau PhD tidak kira sudah dekat nak pencen atau tidak, dpt insentif tersebut. Semua kena beri kerana ini insentif, hadiah. Bila hadiah, mereka nak galakkan guru sambung belajar. Harus diberi insentif jika mereka layak,” katanya.

Jasni berkata, pihaknya tidak meletakkan sebarang cadangan bentuk pemberian insentif itu sama ada berbentuk kenaikan thnan ataupun ‘one-off’ selepas habis belajar, namun ia sudah tentu hadiah terbaik buat golongan guru. – Bernama


Loading...

Tags: #Cadang #GAJI #Guru #insentif #Kenaikan #khas #NUTP #thnan

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.