NUTP bantah mesyuarat guru di pertengahan cuti sekolah akhir thn

Loading...

7A608358 0931 48B2 BD54 373476F74F14 - NUTP bantah mesyuarat guru di pertengahan cuti sekolah akhir thn

SHAH ALAM – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bantah tindakan segelintir sekolah di negara ini yg merancang utk mengadakan mesyuarat guru pd pertengahan cuti persekolahan akhir thn 2019.

Presidennya, Aminuddin Awang berkata, tempoh masa itu dilihat blh mengganggu program cuti sekolah guru terutamanya utk bersama ahli keluarga serta sanak-saudara di kampung halaman masing-masing.

“Pihak NUTP mendapat aduan drpada ramai guru memaklumkan pengetua atau guru besar di sekolah masing-masing merancang utk adakan mesyuarat guru kali pertama sesi persekolahan thn 2020 pd pertengahan Disember depan.

“Kita sedia tahu bahawa guru-guru di Malaysia sememangnya terbeban dgn kerja-kerja perkeranian dan kerja-kerja yg tidak relevan lain. Jadi, cuti hujung thn merupakan masa terbaik utk mereka rehatkan diri di kampung halaman masing-masing atau bercuti bersama keluarga.

“Sekiranya diadakan mesyuarat guru, ia blh mengganggu percutian dan fokus guru-guru pd keluarga selain perlu habiskan masa serta perbelanjaan utk kembali ke tempat bertugas asal (jika berlainan negeri drpada kampung halaman) dan kembali semula ke kampung selepas mesyuarat kerana tempoh cuti akhir thn masih panjang,” katanya menerusi satu kenyataan.

Tambah beliau, NUTP merayu semua pengetua dan guru besar di semua sekolah di negara ini mengadakan mesyuarat guru kali pertama thn 2020 hanya selepas 25 Disember 2019.

Katanya, perkara itu pernah berlaku pd thn 2016 yg pd masa itu Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi) telah mengeluarkan permintaan agar semua pengetua dan guru besar mengadakan mesyuarat pertama persekolahan 2017 hanya selepas 25 Disember.

“Impak positif drpada permintaan KPM tersebut ialah guru-guru dpt bercuti hujung thn dlm keadaan tenang dan mereka membalasnya dgn komitmen yg cukup tinggi kepada sekolah apabila sesi persekolahan baru dibuka.

“NUTP juga amat berharap agar Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dpt memberikan sokongan agar semua mesyuarat guru kali pertama sesi persekolahan thn 2020 di semua sekolah di negara ini hanya diadakan selepas 25 Disember 2019,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, guru-guru akan bercuti akhir thn bg sesi persekolahan thn 2019 ini selama 40 hari dan sebahagian besar drpada guru-guru di Malaysia bertugas di negeri-negeri berlainan drpada kampung halaman mereka.

“Ada juga guru-guru yg bertugas di negeri sendiri tetapi di daerah yg jauh yg hanya membolehkan mereka balik seminggu sekali sahaja ke rumah sendiri. Terdapat juga guru-guru yg berjauhan dan terpisah negeri dgn pasangan masing-masing.

“Hanya pd cuti hujung thn inilah mereka dpt menumpukan perhatian dan berada dekat dgn keluarga masing-masing, masa terbaik utk rehatkan diri di kampung halaman atau bercuti bersama keluarga di tempat-tempat percutian,” katanya.

Untuk info, sekolah-sekolah di negeri kumpulan A akan memulakan cuti akhir thn 2019 pd 22 November 2019 dan akan memulakan sesi persekolahan thn 2020 pd 1 Januari 2020.

Manakala sekolah-sekolah di negeri-negeri kumpulan B akan memulakan cuti akhir thn 2019 pd 23 November 2019 dan memulakan sesi persekolahan thn 2020 pd 2 Januari 2020.

Loading...

Tags: #Akhir #bantah #CUTI #Guru #Mesyuarat #NUTP #Pertengahan #Sekolah

author
Author: 
    Monty’s Alphabet Book in PDF
    Download: Monty’s Alphabet Book in PDF Click the cover page of the book
    Download Family and Friends Alphabet Book
    Click the cover page to download Family and Friends Alphabet Book
    Misteri Kematian Artis Cantik Desy Nurhakiki, Overdosis Suntik Putih atau Serangan Jantung?
    slidegossip.com – Belum lama ini publik dikejutkan dgn berita kematian artis cantik Desy
    JUMPA @ Sungei Wang : Tempat Mesti Pergi Dlm Kuala Lumpur
    Assalamualaikum guys.. Siapa tak pernah pergi Sungei Wang Plaza? Weh sini byk sangat

    Comments are closed.