NUTP alu-alukan rombakan subjek Sejarah Tingkatan 4 & 5

Loading...

83C75F8F DF4F 4743 9A50 E8F4FE867BF3 - NUTP alu-alukan rombakan subjek Sejarah Tingkatan 4 & 5

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyambut baik cadangan Kementerian Pendidikan mahu menambah baik sukatan mata pelajaran Sejarah Tingkat 4 dan 5 pd masa depan.

Setiausaha Agungnya, Harry Tan Huat Hock, berkata NUTP mengalu-alukan cadangan kementerian mahu merombak sukatan mata pelajaran Sejarah Tingkatan 4 dan 5 supaya menjadi lebih menarik dan menepati keperluan semasa.


“Sejarah satu mata pelajaran dinamik, jadi kita mengalu-alukan apa saja penambahbaikan. Mata pelajaran ini mesti lebih relevan dan dinamik.

“Pihak kami tidak ada halangan kecuali apabila guru diminta utk membuat laporan yg berlebihan sehingga mengganggu pengajaran dan pembelajaran di kelas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Harry berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik semalam, bahawa kementeriannya akan menambah baik mata pelajaran Sejarah Tingkatan 4 dan 5 dlm usaha memberi pendedahan dan pemahaman mengenai amalan demokrasi serta pilihan raya.

Maszlee berkata pelajar juga akan didedahkan dgn latihan amali bg menerapkan amalan demokrasi dlm pilihan raya susulan penurunan had usia mengundi kepada 18 thn.

Media sebelum ini melaporkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang berbincang dgn Kementerian Pendidikan bg menyediakan modul pendidikan pengundi kepada pelajar sekolah utk memberi pemahaman mengenai demokrasi dan pilihan raya sejak awal usia.

Justeru, Maszlee berkata pihaknya akan bekerjasama dgn SPR utk menganjurkan siri jelajah ke sekolah di seluruh negara bg memberi penerangan dan pemahaman berhubung proses demokrasi serta pilihan raya.

Loading...

Tags: #alualukan #NUTP #rombakan #Sejarah #subjek #Tingkatan

author
Author: 
    Craving Masakan Melayu Asli? Datang Je Restoran Sisik Ikan Bakar Klang
    Assalamualaikum & hi kawan-kawan.. Last week BBL pergi satu kedai masakan Melayu Asli
    Semua sekolah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya ditutup sehingga Jumaat
    PUTRAJAYA – Semua sekolah dan tadika di Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan
    Sebelum ‘Cendol Dawet’ Viral, Abah Lala Berjuang Mati-Matian Sampai Rela Dihujat!
    slidegossip.com – Para pecinta lagu dangdut, khususnya di Pulau Jawa pasti tahu dgn
    Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
    Assalamualaikum semua… Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali

    Comments are closed.