Novel Nur 2 Karya Rose Harissa

Loading...

Novel Nur 2 Karya Rose Harissa : Novel ditulis oleh penulis Rose Harissa yg berjudul Nur 2. Novel adaptasi drama yg tengah bersiaran di tv3 melalui slot samarinda. Bersiaran setiap Isnin sehingga Khamis jam 10.00 malam. Novel ini adalah kesinambungan novel Nur yg lepas. 

Peminat drama Nur 2 blh dapatkan novel ini dgn pembelian secara online di laman  belibukuonline.
nur 2 1 - Novel Nur 2 Karya Rose Harissa

Judul : Nur 2

Penulis : Rose Harissa

Harga : RM30.00

ISBN : 978-967-469-113-4


Sinopsis Novel Nur 2

Angkara percaya, tergadai bahagia

Terlepas dr cengkaman sihir, Adam nekad membawa Nur tinggal di rumah tinggalan milik Allahyarham Cik Mona. Dia berazam utk menjaga dan melindungi cahaya cintanya itu sepenuh hati.
Adam menyokong baik niat murni Nur membuka kelas pengajian utk kanak-kanak di sekitar kawasan yg dianggap daki masyarakat. Manakala Nur juga seikhlas nurani mengizinkan Adam turun ke lorong demi berdakwah agar ramai lagi golongan tunasusila dapat kembali ke pangkal jalan, sama seperti dirinya.

“Kalau ikutkan Nur… Nur lagi suka abang pakai kurta yg selalu abang pakai tu. Handsome!” – Nur
“Tapi kalau abang pakai macam tu, nanti lari pula semua orang.” – Adam
Mereka bahagia dgn cara mereka sendiri. Dgn kegembiraan yg mereka ciptakan sendiri.
Namun jauh di sudut hati Hajah Musalmah, ibunya Adam, dia bagai tidak merelakan pemergian Adam utk menetap di rumah tinggalan Nur itu. Dlm hatinya berharap Adam mahu kembali menetap bersama dgnnya.
“Jangan-jangan Adam dah berubah… Dah tak ada imej ustaz-ustaz… Dah tak ke masjid tapi… Bila tinggal kat lorong, tentu dia dah jadi…” – Hajah Musalmah
Tanggapan buruk singgah mengacau benak Hajah Musalmah. Baginya, dia tak sanggup jika Adam membesarkan anak-anaknya kelak di lorong itu. Tetapi mana mungkin Nur betah berada di dlm rumah keluarga Haji Mukhsin itu kerana Hamadi muncul kembali, membuatkan Nur ketakutan risau kehormatannya cuba digugah Hamadi.
Muncul pula Juita, teman Nur sewaktu di lorong. Bagi Nur, Juita harus dibantu. Bagi Adam, wanita itu sesuatu. Bagi Juita, dia tak sama seperti dulu. Yg sentiasa kalah kerana Nur, yg sentiasa terhina kerana Nur.
Dia tahu, titik kelemahan Nur kini ialah Adam. 
Lalu Juita merapati Adam yg sedang menanggung beban hutang Darul Mukhsin.

“Saya… Saya sebenarnya serba salah, Cik Juita… Memang betul sekolah ni tengah berdepan dgn masalah kewangan. Memang betul saya alu-alukan sumbangan dr orang ramai dlm membantu kami menguruskan sekolah ni… Tapi saya… Saya tak jangka sumbangan tu datang dr seorang…” – Adam
“Dari seorang pelacur macam saya?” – Juita
“Kalau ustaz blh tolong Nur keluar dr lorong tu… Kenapa ustaz tak blh tolong saya juga? Bukankah Nur juga asalnya perempuan seperti saya? Di mana keikhlasan ustaz dlm berdakwah kalau belum apa-apa lagi ustaz sendiri dah tetapkan dlm hati memilih-milih siapa yg ustaz patut dekati?!” – Juita
Dan Adam berasa tertampar mendengar tuduhan Juita itu. Benarkah dia memilih-milih kepada siapa dia mahu berdakwah?
Loading...

Tags: #Harissa #Karya #Novel #Rose

author
Author: 
    Fakta , Gambar Dan Foto Rio Tengker Kakak Nagita Slavina Yg Jarang Terekspose!
    Fakta Dan Gambar Rio Tengker, Saudara Nagita Slavina Dan Caca Tengker – Byk
    Ini 10 Smartphone Dgn Tingkat Radiasi Terendah
    Beberapa waktu lalu, kita telah membahas 10 smartphone dgn radiasi tinggi yg berpotensi
    Awas, Ini Daftar 10 Smartphone Dgn Radiasi Tertinggi
    Radiasi smartphone beberapa thn lalu menjadi momok yg ditakuti oleh kebanyakan orang. Byk

    Comments are closed.