Novel Calon Menantu Hantu

Novel Calon Menantu Hantu | Novel terbaru Fajar Pakeer karya Hani Amizan. 

Screenshot 20181126 221517 1 - Novel Calon Menantu Hantu

Sinopsis Novel Calon Menantu Hantu

Dia YUSUF ABID, dan aku BUNGA AISHAH. Dia orang panggil Usop Hantu, manakala aku pula orang sapa Ecah, Ecah? Tak glamour langsung, tapi tak apalah, nama Ecah lebih baik drpada digelar hantu macam Usop dan wajarlah orang gelar dia hantu. 
Dalam semua orang menyapa diriku dgn nama Ecah, hanya Usop sahaja yg memanggil namaku dgn panggilan Bunga. Bila kutanya mengapa memanggil namaku Bunga? Sahutnya kerana hidungku kembang seperti bunga raya. 

Kenyataan berani mati Usop buat hatiku marah. Suka sangat cari pasal.

“Tengok sayur ke tu? – USOP HANTU
“Taklah, tengok anak ayam.” – BUNGA

“Ceh, belajar tinggi-tinggi, sampai keluar negara, tapi sayang tak juga bijak. Sayur dgn anak ayam pun tak dapat beza. Rabun ke buta?” – USOP HANTU

Setiap kali berjumpa, setiap kalilah Usop akan cari pasal dgn Bunga. Kenapalah dia jadi macam tu?! Ada masalah jiwa atau kurang kasih-sayang?

Tapi, bila selalu sangat bergaduh, tiba-tiba Usop senyap tanpa usikan. Bunga rasa kosong dan rindu pd usikannya. Bila dapat tahu Usop sudah bertunang, rasa rindu itu perlahan-lahan pergi. Namun satu kejadian yg tak disangka telah mengubah kehidupan Bunga dan Usop.

“Awak dah patahkan tulang saya, awak juga dah hampir patahkan hati saya.” – USOP HANTU

“Maaf, saya tak sengaja. Kalau awak nak tuntut ganti rugi…sila berikan jumlahnya. Saya akan cuba cari duit dan bayar.” – BUNGA

Ganti rugi yg Usop mahukan bukan berbentuk wang ringgit namun ganti ruginya adalah sekeping hati kepunyaan Bunga. Benci? Cinta? Peratus manakah yg mendominasi hati Bunga? Adakah Bunga dan Usop antara manusia yg ditakdirkan utk merasa luka dan bahagia?
Loading...

Tags: #Calon #hantu #Menantu #Novel

author
Author: 
    Drama Korban Kasih (TV1) | MyInfotaip
    Drama adaptasi novel ‘Korban Kasih’ karya Fatimah Saidin akan menemui penonton di RTM
    [LIVE] Konsert Gegar Vaganza 2017 : GV Live+ Minggu 7
    —— Langgan YouTube Astro Gempak, http://bit.ly/ytgempak Info rancangan Astro Gempak di http://bit.ly/astrogempak Like
    Telefilem Berdua (TV1) | MyInfotaip
    Saksikan telefilem ‘Berdua’ hasil garapan pengarah Wan Afzam Wan Daud akan disiarkan pd

    Leave a reply "Novel Calon Menantu Hantu"