“Not Our Level”, Tak Usah Berlagak Hanya Kerana Dah Berjaya..

Loading...

Oleh : Fadhli Sahar

Saya tahu sangat lambat utk saya tulis tentang isu ini. Semasa ia hebat diperkatakan oleh netizen, saya sekeluarga sedang bercuti di negara timur tengah.

Seperti biasa ia asyik berlegar-legar dikepala saya.

Kepada pelawak negara yg menyindir jururawat negara kita saya ada sedikit pengalaman tentang perkataan ‘not our level’ ini.

zizan 1 - "Not Our Level", Tak Usah Berlagak Hanya Kerana Dah Berjaya..

Selepas saya habis belajar saya ditawarkan bekerja disektor minyak dan gas. Waktu dahulu sektor ini adalah pekerjaan yg kaya raya. Ramai graduan yg mahukannya, lagi lagi bekerja di pelantar laut sana.

Saya salah seorang yg bertuah merasainya. Antara orang terawal bekerja pelantar penggerudian diantara kawan universiti saya. Bekerja di pelantar penggerudian antara kerja idaman bg setiap graduan petroleum seperti saya

Setiap bln gaji saya hampir mencecah 5 angka. Umur saya belum lagi mencecah 30 waktu itu. Selain itu saya mendapat peluang bekerja di Indonesia, Vietnam, Thailand serta Scotland.

Waktu ini saya bongkak seketika, saya lihat orang yg tak senasib dgn saya sbg seorang yg ‘not our level’. Yg bukan profesional tak setaraf dgn saya. Lagi-lagi orang yg menyertai rancangan realiti TV mcm pelawak atau penyanyi segera.

Sungguh saya katakan dr dulu saya tidak pernah menonton akedami fantasia, gegar vaganza, maharaja lawak, atau apa-apa yg sama waktu dgnnya. Bg saya ia membazir masa kerana bukan level saya.

Zaman kegemilangan bukanlah selama-lamanya. Ia hanyalah pinjaman semata-mata. Selepas habis belajar di peringkat Master, saya tidak dpt pekerjaan tetap.

Saya buat apa sahaja utk mendapatkan wang belanja. Saya memandu Grab, menjual kurma, tolong kawan jual yogurt dan mcm-macam lagi saya lakukan. Dan akhirnya saya tertekan dan mengalami kemurungan.

Untuk keluar dr kemurungan saya byk membaca. Baca kisah-kisah kemenangan, kisah kisah perjuangan dr kegagalan. Ini bukan dr orang luar negara. Cerita saya baca adalah cerita orang Malaysia termasuklah cerita menjadi pelawak nombor satu dunia.

Pada saya mereka yg berjaya mempunyai satu sifat yg sama. Iaitu tidak memandang rendah antara satu sama lain, hormat-menghormati, memberi sokongan kepada yg lain dan tidak pula rasa diri mereka di level lain.

Perkara ini betul-betul mengajar diri saya. Selama ini saya pandang orang yg tidak bekerja profesional adalah rendah dimata saya. Sebenarnya mereka ini lebih manusia drpada saya.

Selepas pd itu tanggapan saya amatlah berbeza apabila melihat seseorang. Tidak kira siapa, jaga (pak guard), pembasuh kereta, pembersih tandas, kontraktor pembersihan termasuk jururawat semuanya sama sahaja.

Tiada siapa kaya, tiada siapa miskin, tiada siapa hebat atau kuat semuanya sama. Yg membezakan kita cuma adab dan budi bahasa.

Percayalah, kita blh buat orang gelak ketawa, suka pd kita, “like” gambar atau status kita tetapi kita tidak blh paksa orang menghargai kita. Utk dihargai kita perlu menghargai orang lain itulah rahsia orang berjaya.

Loading...

Tags: #Berjaya.. #Berlagak #Hanya #kerana #Level #Usah

author
Author: 
    Henti persoalkan kewujudan sekolah vernakular negara ini – Timb. Menteri
    KUALA LUMPUR: Pihak yg tidak berpuas hati dgn kedudukan sekolah vernakular di negara
    Contoh Ibu yg Baik, Demi Bantu Anak Selesaikan PR, Ayu Ting Ting Rela Batalkan Meeting!
    slidegossip.com – Ayu Ting Ting dikenal sbg salah satu penyanyi dangdut papan atas
    Download Spelling Make Fun Pupils Workbook
    The worksheets are to assist busy class teachers in their classrooms. The activities
    Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) blh diperoleh 21 November
    PUTRAJAYA, 11 Nov — Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) bg murid Thn 6

    Leave a reply "“Not Our Level”, Tak Usah Berlagak Hanya Kerana Dah Berjaya.."