Nisbah guru, murid faktor sistem pendidikan di sekolah pincang

Loading...

cara ajar murid kelas belakang 9 700x421 1 - Nisbah guru, murid faktor sistem pendidikan di sekolah pincang
Imej hiasan via skkodiang.blogspot.com

SHAH ALAM – Kadar nisbah guru dgn murid dan tekanan diterima guru menjadi antara faktor utama kepincangan pendidikan yg perlu ditangani Kementerian Pendidikan.

Pensyarah Fakulti Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Saedah Siraj berkata, kementerian juga perlu memberi sedikit autonomi kepada sekolah utk menjalankan kurikulumnya sendiri mengikut keperluan.

“Kekurangan sekolah kebangsaan ini kalau kita nak bincang tujuh thn. Tetapi kita ambil isu utama supaya kita mohon pihak berwajib perbetulkan termasuklah sekolah itu sendiri.

Apa kekurangan sekolah? Pertama dr segi nisbah guru dgn murid, tekanan guru.

Apabila guru menerima tekanan drpada atas, turun ke nombor dua, turun ke nombor tiga dan sampai kepada guru besar kemudian cikgu pula tertekan. Siapa yg jadi mangsanya? Pelajar.

Tekanan ini yg berlaku dr atas sampai ke bawah. Baru dua hari pergi sekolah, pelajar benci. Ini kita perlu lihat semula.

Kalau nak melaksanakan Revolusi Industri 4.0 mkn kita perlu kecilkan kadar guru dan murid.

Sekarang ini seorang guru mengajar 45 orang murid bagaiamanalah dia nak ajar robotik misalnya?

Keberkesanan itu akan kurang jadi kalaulah dpt kementerian wujudkan satu polisi 25 atau 30 orang murid ke bawah dlm sebuah kelas.

Kementerian blh kerjasama dgn Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) utk menambah guru.

Mungkin dlm lingkungan 5 kilometer, sebuah sekolah 25 murid, seorang guru, jadi lingkungan persekitaran yg selamat, murid-murid blh berjalan kaki.

Saya kira ini blh dilaksanakan dlm tempoh lima sehingga 10 thn akan datang. Kemudian, berilah autonomi kepada sekolah utk menjalankan kurikulumnya, tidaklah terlalu mengikut apa yg dirangka kementerian.

Ada satu kajian pelajar saya jalankan terhadapa ‘Frog Virtual Learning Environment’ (Frog VLE) adakah salah cikgu atau sebab apa?

Hasil kajian mendapati bukan salah cikgu tapi prasaranan yg disediakana oleh pihak berwajib. Kadang-kadang jalan (berfungsi), kadang-kadang tak jalan.

Jadi apabila trafik (sesak) tak dpt (akses Frog VLE), jam 1 pagi baru blh (akses).

Kita terkejut dgn hasil dptan itu kerana kita ingat cikgu memang malas, tak suka teknologi.

Di Felda begitu juga. Teknologi tak sampai di Felda kerana byk pokok kelapa sawit yg menghalang gelombang internet.

Kurikulum merangkumi matlamat, silibus, pelaksanaan kemudian penilaian. Kementerian sekarang memperbaharui penilaian kepada penilaian alternatif (dengan memansuhkan peperiksaan Tahap 1).

Saya sangat gembira dgn perkara ini kerana penilaian ini bersifat dinamik.

Negara kita sebenarnya telah mempunyai satu kurikulum yg dinamik kerana ia diukur melalui kokurikulum, penglibatan dlm sukan dan faktor-faktor lain.

Saya kira kementerian telah mencapat satu tahap meningkat, cemerlang cuma kita tanya di sini apa yg masih kurang?

Banyak isu ibu bapa kata anak-anak mereak ‘over-loaded’. Subjek yg anak mereka laksanakan di sekolah itu luar drpada kemampuan pelajar sekolah rendah.

Apabila kita kaji, kita dpti isi kandungan Darjah 4 adalah utk Tingkatan 1 kerana kita nak mencapai Kurikulum Berfikir Aras Tinggi (KBAT) tapi ini perlu dikaji semula.

Penambahbaikan yg perlu dibuat dlm kurikulum kita ialah melihat semual isi kandungan kurikulum bg setiap mata pelajaran itu.

Adakah ikutannya KBAT atau kapasiti pelajar ataupun ‘loca base’ iaitu sekolah kampung, perkampungan nelayan adakah mereka blh mencapai silibus itu.

Adakah pendidikan negara kita ini sudah bersifat ke depan kerana yg kita nak didik itu adalah generasi 30 thn akan datang bukan generasi dulu atau sekarang.

Revolusi Industri 4.0 menekankan digital, robotik dan biologi jadi kita mahu guru-guru itu tahu tentang ini.

Kalau tak tahu bagaiamana mereka nak ajar murid? Bukan robot ganti cikgu tapi ia blh membantu pelajar rasa gembira di bilik darjah.

Ini memperkenalkan mereka terhadap kesedaran futuristik,” katanya.

Kesimpulannya:

1. Bukan guru malas, tapi teknologi tidak berfungsi sebaiknya.
2. Ibu bapa mengadu silibus anak luar kemampuan.
3. Isi kandungan Darjah 4 sebenarnya utk Tingkatan 1
4. Pendidikan negara hari ini perlu futuristik utk generasi 30 thn ke depan.

Sumber: Sinar Harian

Loading...

Tags: #Faktor #Guru #Murid #Nisbah #Pendidikan #pincang #Sekolah #sistem

author
Author: 
    Cantik dan Sukses, Ternyata Ariel Tatum Pernah Alami Gangguan Mental Sampai Ingin Bunuh Diri!
    slidegossip.com – Siapa sangka, artis cantik yg sering berpenampilan seksi Ariel Tatum ternyata
    Keluarganya Dibilang Sombong, Begini Balasan Menohok Ussy Sulistiawaty!
    slidegossip.com – Keluarga Ussy Sulistiawaty kembali jadi korban kenyinyiran netizen. Seperti dilansir dr
    Is Malaysian education system ready for streamless schools?
    In theory, while there is merit behind the idea of no streaming, making
    Harga Tiket Masuk Terengganu Draw Bridge
    Assalamualaikum semua, BBL sbg anak jati Terengganu memang bangga sangat jambatan angkat pertama

    Leave a reply "Nisbah guru, murid faktor sistem pendidikan di sekolah pincang"