Nikmati Sarapan Pagi Nasi Lemak Sambal Strawberry Di Abang Strawberry Cafe Di Cameron Highlands

ASSALAMUALAIKUM..

Tak habis lagi al – kisah cerita cuti – cuti di Cameron Highlands, nak hujung thn dah ni, pergi awal thn sampai ke hujung thn masih terperap lagi gambar – gambar, hii. Bukan tak cerita, sebelum ni pun dah ada 2 entri dah buat berkaitan dgn percutian di Cameron Highlands  Pengalaman masuk Muzium Time Tunnel dah cerita nak cerita pasal mkn – mkn  pulak ya.

Tak tahu nak mula cerita dr mana. Hari terakhir selepas check out dr homestay yg terletak di Taman Golden Hills, kami telah bersepakat nak mkn sarapan pagi di Abang Strawberry Cafe yg terletak di Kampung Taman Sedia, Tanah Rata.

Di Restoran Abang Strawberry memang terkenal dgn Nasi Lemak Sambal Strawberry kan, yg orang viral sana sini. Disebabkan ini kali pertama nak mkn Nasi Lemak Sambal Strawberry, jadi bersepakat nak sarapan pagi di sini.

restoran abang strawberry cafe, cameron highlands

Nasi Lemak Sambal Strawberry dgn ayam berempah

Tak jauh dr tempat homestay, sekejap jerr drive sampai dah, tapi macam sesak sikit, jalan macam nak masuk kampung kan, dah nama pun Kampung Taman Sedia hii, kalau ke dlm lagi nak hampir dgn restoran memang dah penuh parking, kena parking atas sikit sebelum nak sampai ke restoran, parking tepi jalan, nasib baik orang lain yg pandu, kalau tak daku sendiri dah nervous bab nak parking ni. :D.

Suka tengok suasana kat kampung ini, jalan – jalan nak menuju ke Restoran Abang Strawberry, terpandang kebun strawberry, balik ke tempat kita tak nampak dah suasana macam ni kan, Sini tak apalah, suhu yg sesuai nak tanam strawberry. Geram tengok macam nak masuk jerr kebun tu, sepanjang 2 hari bercuti di sana tak masuk pun kebun strawberry, entah kenapa macam tak sempat.

editedB1 - Nikmati Sarapan Pagi Nasi Lemak Sambal Strawberry Di Abang Strawberry Cafe Di Cameron Highlands

Nyamannya suhu, sambil jalan – jalan lalu tengok kebun strawberry. Sebaik sahaja sampai depan restoran, ternampak pasu strawberry bergantungan banyaknya.. rasa nak bawak balik sepasu hii. sambil pokoknya menjalar berjuntai ke bawah,ternampak lah buah strawberry di celah – celah daun. Kiranya pasu – pasu strawberry yg bergantungan menyambut kedatangan kami hii. Dah sampai pagi sangat, tak ramai sangat orang masa ni.

editedB6 - Nikmati Sarapan Pagi Nasi Lemak Sambal Strawberry Di Abang Strawberry Cafe Di Cameron Highlands
Depan ruang masuk ke Restoran Abang Strawberry

Melangkah masuk ke dlm restoran, terpukau melihat dekorasi apabila dongakkan kepala atas sikit, nasib baik bukan hidup hii, dah macam feeling berada dlm taman, tak sempat nak explore sangat sini, walaupun nampak ada kebun strawberry dlm restoran. Persekitaran restoran bersih.

editedB2 - Nikmati Sarapan Pagi Nasi Lemak Sambal Strawberry Di Abang Strawberry Cafe Di Cameron Highlands

Pekerja – pekerja sini pun ramah orangnya, Sambil – sambil tunggu order sampai, sambil tengok kawasan sekeliling, menu yg kami order utk sarapan pagi ke semuanya Nasi Lemak Sambal Strawberry dgn ayam berempah. Dah restoran Abang Strawberry kan terkenal dgn sambal strawberry, jadi nak merasa sendiri keenakan sambal strawberry di sini.

Kat sini memang ada produk sendiri kan berasaskan strawberry, tak sempat nak pergi tengok, mungkin lain kali pulak. Entah bila tak tahu la hii.

editedB3 - Nikmati Sarapan Pagi Nasi Lemak Sambal Strawberry Di Abang Strawberry Cafe Di Cameron Highlands
Dekorasi dr atas

Keterujaan nak mencuba Nasi Lemak Sambal Strawberry, review selepas menikmati Nasi Lemak Sambal Strawberry, sepinggan portion dah banyak, perut yg kecik ni memang sikit jer mkn, hii. Sambal strawberry sangat sedap dgn pedas menyengatnya, cuma eh ada cuma pulak ya, biasalah review kena jujur hii, mungkin kebetulan turn kami mkn kot, ayam berempahnya kurang sikit, tak ada rasa, ingat kita sorang jerr fikir macam tu, rupanya yg lain bagi komen yg sama. yg lain semua sedap. Apapun blh menambah baik menu yg ada. 🙂

Minuman pagi, tetiba tekak nak order teh beng, tahu ke teh beng tu hii. Tapi dlm menu tak tulis teh beng :D. orang Kelantan jer panggil teh beng. Apapun servis ok, dan mknan pun ok, kami  pun pergi utk mkn pagi, kemudian nak bertolak balik.

Korang nak cuba mkn sini,next cuti – cuti blh lah singgah di Abang Strawberry Cafe ya,  jom cuba banyak lagi menu lain bukan setakat Nasi Lemak Sambal Strawberry saja.

Untuk details blh click lihat di facebook ya.

editedB4 - Nikmati Sarapan Pagi Nasi Lemak Sambal Strawberry Di Abang Strawberry Cafe Di Cameron Highlands

Alamat 
No 27, Kampung Taman Sedia 
Tanah Rata 39000
Facebook 
https://www.facebook.com/200SeedsCafe/
Baca juga >>> http://www.wanisukarno.com/2018/09/pengalaman-ke-muzium-time-tunnel-di-cameron-highland.html
Baca juga >>> http://www.wanisukarno.com/2018/03/hayfa-homestay-taman-golden-hills.html
Loading...

Tags: #Abang #Cafe #CAMERON #Highlands #Lemak #Nasi #NIKMATI #Pagi #Sambal #Sarapan #STRAWBERRY

author
Author: 
    Asing pelajar, pengetua sekolah diberi amaran
    KUALA LUMPUR 18 Mac – Jabatan Pendidikan Sabah mendapati aduan berhubung pengasingan pelajar
    Cikgu Sirhajwan terima anugerah antarabangsa kali ke 17
    MOHD Sirhajwan (tengah) bersama Norlyziah (kiri) dan Anita menunjukkan sijil yg diterima. Guru
    Sedapnya Menu Dodo Dim Sum & Bowls, Subang Parade
    Assalamualaikum guys, Nak share sikit cerita pasal mkn dim sum kat Dodo Dim
    Bagaimana Rakan Facebook Disyorkan Sebenarnya Berfungsi?
    Rakan Facebook Cadangan dan Disyorkan Berfungsi Facebook adalah laman jejaring sosial yg digunakan

    Leave a reply "Nikmati Sarapan Pagi Nasi Lemak Sambal Strawberry Di Abang Strawberry Cafe Di Cameron Highlands"