Nestle Sokong Kecelikan Braille

Nestlé Sokong Kecelikan Braille
Sumbang RM45,000 kepada Masyarakat Cacat Penglihatan
Selaras dgn matlamat Nestlé Malaysia utk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang ke arah masa depan yg lebih sihat, syarikat baru-baru ini menyumbang bahan bacaan Braille bernilai RM45,000 kepada Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM). Bahan bacaan yg bersamaan 1,000 buku itu akan membantu 500 kanak-kanak buta dan cacat penglihatan.

IMG 20190211 WA0004 1 - Nestle Sokong Kecelikan Braille

Pn. Nirmalah Thurai, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat, Nestlé Malaysia berkata, “Kami amat komited utk membawa perubahan bermakna dlm kehidupan mereka yg memerlukan. Sbg sebuah syarikat yg menyokong keterangkuman dan kepelbagaian budaya, kami percaya bahawa setiap insan sewajarnya diberi peluang yg sama utk
membaca dan menulis, termasuk golongan buta. Kecelikan braille adalah satu komponen penting dlm pendidikan kerana kemahiran ini membuka pintu dan menambah peluang utk orang buta dan cacat penglihatan. Kami berharap sumbangan ini dapat membantu menambah baik kadar celik huruf dlm kalangan orang buta dan cacat penglihatan di Malaysia.”

Menurut En. Silatul Rahim Dahman, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama YOBM, “Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nestlé Malaysia kerana bermurah hati memberi sumbangan ini dan sekian lama menjadi penyokong kuat masyarakat buta. Sumbangan ini pasti akan memberi banyak manfaat kepada masyarakat kami, terutama sekali kanak-kanak. Di YOBM, kami percaya bahawa pendidikan blh memutuskan kitaran diskriminasi dan kemiskinan, dan buku-buku ini pasti akan memberi peluang kesaksamaan kepada masyarakat kami.”

IMG 20190211 WA0005 - Nestle Sokong Kecelikan Braille

Mengenai Nestlé Malaysia
Nestlé merupakan pengeluar mknan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu utk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan utk membina masa depan yg lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yg bermutu tinggi. Kami juga komited utk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dgn janji kami utk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Utk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia

Loading...

Tags: #Braille #Kecelikan #Nestle #Sokong

author
Author: 
    Drama Senafas Rindu Episod 9
    Drama Senafas Rindu Episod 9. Dlm episod kali ni, Anne masih tak stabil.
    “Sembunyi Pawagam Tayang Versi Kedua ‘Misteri Dilaila’ Kurang Beretika” – Filemkita
    Laman Twitter Filemkita menyatakan bahawa tindakan utk merahsiakan pawagam mana yg menayangkan versi
    Drama Senafas Rindu Episod 10
    Drama Senafas Rindu Episod 10. Fariz tak pernah putus asa utk dapatkan Anne.
    Drama Senafas Rindu Episod 11
    Drama Senafas Rindu Episod 11. Anne nak berhenti Kolej ? Seriusly ? Tak

    Leave a reply "Nestle Sokong Kecelikan Braille"