Nasi Ulam Nyonya aka Nyonya Herbs Rice

Loading...

Nasi Ulam Nyonya aka Nyonya Herbs Rice

Entah kenapa terkesan sangat dgn drama Kan Kukejar Cinta Kamu lakonan Fendy Bakri dan Amyra Rosli. Walhal drama jer pun. Tak pernah saya rasa tak sabar dan ternanti nanti episod seterusnya. Tapi walaupun sekadar drama, namun ada babak yg memang berlaku dlm masyarakat. Hmm saya memang benci dgn lelaki yg suka mempermainkan cinta seorang wanita. 

Saya pun kadang kadang tak faham dgn lelaki yg setelah menemui cinta baru tapi masih tidak mahu melepaskan isteri dgn alasan masih sayang. Kasih sayang tidak blh dipaksa paksa, kalau dah isteri tidak mahu bermadu, lepaskan sahaja. Alasan Rayyan, dia muda dan kaya, mampu beristeri 4 tapi bagaimana dgn yg menanggung seorang isteri pun tak mampu? Fikir fikirkan lah. 

Berani buat tapi tak berani tanggung. Itu yg blh saya katakan. Bila temberang dah pecah, baru terkial kial nak mempertahankan rumahtangga. Banyak berlaku perkara seperti ini. Saya percaya kepada kebebasan utk memilih cinta. Jika tiada lagi cinta di hati, seseorang harus diberi kebebasan utk menentukan jalan sendiri. OK sekarang kita masuk pula bab masakan.

Nasi Ulam Nyonya atau dikenali sbg Nyonya Herbs Rice yg seperti nasi kerabu cuma dlm versi Nyonya Peranakan. Telah beberapa hari tidak berselera mkn, tapi dgn nasi ulam, barulah rasa sedikit berselera.

Kalau tiada selera mkn, memang saya akan mencari masakan atau lauk pauk Kelantan, barulah selera terbuka. Thn lepas hanya sekali sahaja balik kampung, itu pun sekejap sangat. Tak sempat pun nak mkn nasi kerabu di kedai bawah Pokok Traje yg memang sangat sedap. Semua sedap dr nasi kerabu, nasi berlauk atau nasi dagang. Biasanya saya akan memilih nasi kerabu tapi mengambil lauk nasi berlauk atau nasi dagang iaitu gulai ikan tongkol atau kerutuk itik serati.  

Nasi Ulam Nyonya aka Nyonya Herbs Rice


Nasi ulam ini lebih kurang sama dgn nasi kerabu Kelantan. Yg berbeza dgn nasi kerabu, hanya dr segi ulam ulaman. Ulam dan herba yg digunakan akan menyebabkan rasa yg berbeza dgn nasi kerabu Kelantan. 

Kalau nasi kerabu, memang saya tidak pernah guna daun kaduk, daun limau purut dan daun kunyit. Itu saya lah, saya tak pasti jika orang lain memasukkannya di dlm nasi kerabu. 
Nasi Ulam Nyonya aka Nyonya Herbs Rice

Saya mkn bukan satu pinggan tapi dua pinggan penuh. Uiii memang sedap lah. Kerisik tu pun ala ala nasi kerabu, cuma kerisik nasi kerabu digaul sekali dgn isi ikan yg ditumbuk. Tapi nasi ulam ini ada isi ikan bakar yg disiat kasar sbg lauk. Hmm macam mana nak tulis ya. 

Kesimpulannya, sangat sedap dan sangat menyelerakan. Meh pakat ramai ramai cuba. Lagi pun, kira menu sihat ni sebab banyak ulam dan herba.

Jom layan resepi yg saya sertakan di bawah ini dan juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba…

Nasi Ulam Nyonya aka Nyonya Herbs Rice

Nasi Ulam Nyonya 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi – yg telah sejuk
1 mangkuk kecil kerisik

6 ekor ikan kembung – dibakar
Garam
Gula

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1 sudu besar lada sulah
1 batang serai
Belacan – tak letak

Bahan ulaman:
Daun kaduk
Daun kesum
Daun limau purut
Daun kunyit 
Bunga kantan
Serai
Kacang panjang
Timun
Cili merah

Cara cara:
Tumis bahan yg ditumbuk sehingga wangi dan terbit minyak. Masukkan garam dan gula. Tutup api dan sejukkan. 
Nasi Ulam Nyonya aka Nyonya Herbs Rice

Goreng kelapa parut tanpa minyak sehingga keperangan utk dijadikan kerisek. Angkat dan tumbuk kasar sahaja. Ketepikan.  
Nasi Ulam Nyonya aka Nyonya Herbs Rice


Ikan dilumur garam kunyit dan dibakar. Angkat dan siat siat kasar utk asingkan isi ikan dr tulang. Ketepikan.
Nasi Ulam Nyonya aka Nyonya Herbs Rice

Semua bahan ulaman dan herba dihiris halus. Ketepikan. 
Nasi Ulam Nyonya aka Nyonya Herbs Rice

Setelah semua bahan bahan siap, mulakan proses seterusnya iaitu mencampur semua bahan bahan yg disediakan.

Masukkan bahan tumis yg telah disejukkan ke dlm mangkuk besar. Masukkan isi ikan dan kerisek. 

Masukkan ulaman dan sayuran iaitu bunga kantan dan serai. Masukkan daun kaduk, daun kesum, daun limau purut, daun kunyit, kacang panjang, timun dan sedikit cili merah.  
Nasi Ulam Nyonya aka Nyonya Herbs Rice

Akhir sekali masukkan nasi putih dan ikan bilis goreng. Gaul rata dan blhlah disesuaikan rasa. 
Nasi Ulam Nyonya aka Nyonya Herbs Rice
Nasi Ulam Nyonya aka Nyonya Herbs Rice
Nasi Ulam Nyonya aka Nyonya Herbs Rice

Masuk dlm pinggan. Hias dgn timun dan bawang goreng serta cili merah. Sedap dimakan dgn ayam goreng atau lauk pauk kering sahaja. 


Loading...

Tags: #Herbs #Nasi #Nyonya #Rice #Ulam

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Nasi Ulam Nyonya aka Nyonya Herbs Rice"