Nasi Maqlubah

aIMG 4333 1 - Nasi Maqlubah


Nasi Maqlubah
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Sumber :  Ida Alina Salleh‎ (MAHI)

Bahan Rempah Baharat :
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar jintan putih
2 sudu kecil biji ketumbar
1 sudu kecil cengkih
1/2 sudu kecil isi buah pelaga (buang kulit)

Penyediaan :
Sangai rempah sehingga wangi dan kisar sehingga halus.
Kemudian campurkan dgn :
1 1/2 sudu besar paprika atau serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1/4 sudu kecil serbuk buah pala

baharat - Nasi Maqlubah

Simpan serbuk rempah ini dlm botol kaca utk tahan lama.

*** Ketepikan 2 sudu besar rempah utk nasi

Bahan Sayuran :
Terung di hiris 1/2 inci panjang, tidak terlalu nipis atau tebal.
2 biji ubi kentang, potong dadu
2 biji tomato
1/2 batang carrot, potong dadu
2 sudu besar gajus
2 sudu besar badam atau kacang pine

Cara-cara :
Terung digaul garam dan biarkan selama 30 minit
Cuci, tos dan keringkan dgn paper towel, kemudian goreng sebentar.
Goreng ubi kentang dan carrot sehingga lembut.
Tomato di potong bulat dan buang bijinya.
Goreng badam dan gajus,
Toskan dan ketepikan dahulu.

aIMG 4278 - Nasi Maqlubah

Bahan Nasi :
4 cawan beras Basmati – rendam 30 minit dan toskan
6 cawan air rebusan daging **
800 gm daging kambing atau lembu, potong kiub
2 biji bawang besar – hiris nipis
4 ulas bawang putih – cincang
2 helai bay leaf
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil lada hitam
Sedikit minyak utk menumis
8 cawan air utk merebus daging

Penyediaan :

  1. Cuci daging dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak canola dan minyak zaitun.
  3. Masukkan daging dan goreng sehingga perang.  Angkat dan ketepikan.
  4. Dalam minyak yg sama, tumis bawang, kulit kayu manis, lada hitam dan bay leaf sehingga bawang kuning dan wangi.
  5. Masukkan daging. Kacau rata.  
  6. Masukkan garam dan 2 sudu besar rempah baharat tadi. Kacau rata.
  7. Masukkan 8 cawan air.  Rebus daging sehingga agak empuk.
  8. atau di masak di dlm pressure cooker selamat 20 minit.
  9. Bila daging sudah agak empuk, toskan dan ketepikan ** 6 cawan air rebusan daging.
  10. Sekarang susun sayuran utk nasi maqlubah tadi.
  11. Sapu sedikit minyak pd periuk yg digunakan.
  12. Kemudian susun terung goreng tadi di bawah dan tepi periuk.
  13. Letakkan segenggam beras tadi di atas terung.
  14. Kemudian susun daging yg sudah direbus.
  15. Di ikuti dgn susunan tomato hiris.
  16. Letakkan lapisan kentang goreng.  Taburkan sedikit garam atas kentang.
  17. Masukkan kesemua beras dan air rebusan daging tadi.
  18. Tambah garam. Air sepatutnya tinggi 1-2 mm atas lapisan beras.
  19. Masak dgn api agak besar selama 7 minit. Apabila mendidih, kecilkan api.
  20. Tutup periuk dan masak dgn api kecil selama 45 minit.
  21. Pada 20 minit, buka tutup dan gemburkan sedikit nasi dgn garpu.
  22. Tutup semula periuk dan masak dgn api perlahan.
  23. Setelah 45 minit, buka periuk, dgn menggunakan sudu, ratakan dan tekan sedikit nasi agar lapisan nasi agak pdt,
  24. Tutup periuk, matikan api. Biarkan periuk bertutup dlm 15-20 minit.
  25. Lalukan pisau di keliling tepi periuk utk pastikan terung tidak melekat di tepi.
  26. Ambil dulang, tutupkan periuk, dan terbalikkan.
  27. Angkat periuk perlahan-lahan utk mengeluarkan nasi.
  28. Hias dgn kekacang dan hirisan daun parsley.
  29. Hidangkan dgn salad Arab, salata hara dan salad yogurt, timun dan pudina.

aIMG 4339 - Nasi Maqlubah

Salata Hara :
1 cawan tomato cherry
5 batang cili api merah
3 biji bawang putih
1 batang lada hijau
Perahan 1 biji limau nipis
garam dan sedikit gula
Hirisan daun ketumbar

Kisar tomato, cili, bawang dan lada hijau sehingga menjadi sos.
Masukkan jus limau nipis, tak perlu tambah air. 
Gaul dgn hirisan daun ketumbar dan perasakan dgn gula dan garam.
Rasa sos pedas, masam, masin dan sedikit manis.

Salad Timun Yoghurt :
2 bekas kecil yoghurt natural, toskan dlm penapis
Timun di potong dadu
1/2 bawang besar, potong dadu
1/2 biji tomato, potong dadu
Sedikit daun pudina, hiris nipis
Garam dan serbuk lada hitam di tumbuk

Gaulkan semua bahan diatas.


Nota :  Susunan Maglubah cara Kak Wan :

Masak nasi terlebih dahulu dgn 5 cawan air rebusan daging dlm pressure cooker selamat 20 minit.  Bila masak gemburkan dgn garpu.
Dalam periuk lain, susun hirisan terung di tengah dan tepi periuk.
Masukkan nasi di ikuti daging rebus, kentang goreng dan tomato hiris.
Masukkan lagi nasi sehingga penuh dan tekan dgn sudu sehingga pdt.
Letak dulang atau pinggan di permukaan periuk dan terbalikkan.
Cara begini utk menggelakan terung hangus.

aIMG 4366 - Nasi Maqlubah

Nasi Maqlubah
Loading...

Tags: #Maqlubah #Nasi

author
Author: 
    Nasi Goreng, Indonesian Fried Rice Recipe
    Nasi Goreng is just an exotic name for Fried Rice…so we hear! But
    Resepi Sagu Gula Melaka
    Atas permintaan ramai yg suruh akak buat semula sagu gula melaka.. ni khas
    CARA MENGOLAH GURITA RAKSASA YG LEZAT
    MENYIANGI GURITA YG BENAR Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    Mee Goreng Melayu daripada Chef Haji Ismail
    Asyik pening kepala fikir nak masak apa untuk BERBUKA PUASA? Chef Haji Ismail

    Leave a reply "Nasi Maqlubah"