Nasi Mandhi Abu Dhabi

Nasi Mandhi Abu Dhabi

 

NasiMandhi - Nasi Mandhi Abu Dhabi NasiMandhi - Nasi Mandhi Abu Dhabi

Saya belajar membuat nasi mandi ni dari blog rakan yg tinggal di Riyadh, Arab Saudi.  Saya telah pun mencubanya. Saya ada menambah beberapa bahan lain dr resepi rakan saya ni, begitu juga dgn sukatan utk bhn yg digunakn adalah mengikut sukatan saya sendiri.

Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa  ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dgn semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dlm 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dgn foil aluminium dan bakar pd suhu 250’c selama 1jam. Pd 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dr ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukk
an ke dlm nasi.
Nasi: 

4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:

 

1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia sehingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, pdmkan api dan tuang ke dlm rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yg telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dlm nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
Sos:
 
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.

 

Cara penyediaan:
 
 
~ Kisar semua bahan dgn perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
Ulam:

~ Blh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.

NasiMandi2 - Nasi Mandhi Abu Dhabi
 
NasiMandi2 - Nasi Mandhi Abu Dhabi
Proses meng”asap” nasi dgn arang + sedikit minyak..

Ayam Panggang Nasi Mandhi - Nasi Mandhi Abu Dhabi
Ayam Panggang Nasi Mandhi - Nasi Mandhi Abu Dhabi
Ayam yg telah siap dipanggang..
 

NasiMandhi 1 - Nasi Mandhi Abu Dhabi

NasiMandhi - Nasi Mandhi Abu DhabiNasi mandi sedia dihidang bersama daun Jarjeer, ulam kegemaran orang2 Arab..

 

KABSA2 - Nasi Mandhi Abu Dhabi

 
Anda mungkin juga meminati:

 

***************************************************************************

2nd Version

Nasi Arab @ Mandhi

DSC01406crop - Nasi Mandhi Abu Dhabi
Hidangan tengahari tadi iaitu nasi Mandhi. Kali ni ada sedikit kelainan drp resepi yg dibuat sebelum ini. Kali ini akak berpandukan kpd resepi dr blog DeebPunyeCite dan Raidah. Terimakasih kpd kedua2 empunya blog tersebut yg sudi berkongsi resepi yg enak ini.
Nasi ni akak menggunakan beras Jasmine Basmathi PUSA 1121, mmg panjang kan…hehehe.

Nasi Arab @ Nasi Mandhi

Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi PUSA -dicuci dan direndam selama 20 min
4.5 cawan air rebusan/stok ayam – atau kuantiti air mengikut jenis beras
garam jika perlu sbb stok/rebusan ayam dah letak garam
sedikit zaffran -akak guna pewarna kuning

Bahan utk menumis:
1 sudu besar minyak sapi
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 ulas bawang merah – dimayang halus
1 ulas bawang putih- dimayang halus

Cara membuat:

Beras dicuci kemudian ditoskan
Panaskan minyak sapi dlm periuk. Masukkan bahan tumis
Goreng sehingga naik bau/kekuningan
Masukkan stok ayam, apabila didih masukkan beras.
Tanak sehingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika
Kemudian gemburkan nasi guna garpu
Sedia dihidangkan bersama lauk pauk

DSC01395crop - Nasi Mandhi Abu Dhabi

Stok Ayam (utk masak nasi)

1 ekor ayam saiz sederhana- dipotong 4
2 inci halia – diketuk
1/2 sudu kecil serbuk zafran (ganti kunyit je)
1 sudu kecil lada hitam biji
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil buah pelaga
1/2 sudu kecil cengkih
2 helai daun Bay
garam secukup rasa
air secukupnya (supaya ayam tenggelam)

Cara membuat:

Rebus ayam selama 45 minit bersama bahan2 diatas.
Kemudian angkat dan toskan ayam. Tapiskan air rebusan utk masak nasi.

Ayam Panggang 

Bahan Perapan:

1 sudu teh zaffran – akak ganti dgn skit serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk rempah kabsah (lihat bawah utk resepinya)
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu kecil garam

Aluminium foil utk balut/bungkus

Cara membuat:

Ayam yg telah direbus tadi dilumurkan dgn bahan perapan.
Letakkan atas aluminium foil, balut kemas2.
Bakar dlm oven selama 1 jam pd suhu 180C utk menghasilkan ayam yg lembut.

DSC01405rop - Nasi Mandhi Abu Dhabi
Sos Salata:
Bahan-bahan:

2 biji tomato
1/2 biji bawang besar
 

2 biji cili besar
5 tangkai cili padi
 
sedikit daun ketumbar
sedikit garam
Jus dr buah lemon.

 

 
Cara penyediaan:
 
Kisar semua bahan dgn perahan air lemon, sekejap sahaja.
Jangan sampai terlalu hancur.

HomeMade Rempah Kabsah (Sumber Raidah)

Bahan – bahan:

1 sudu mkn bunga cengkih **
1 sudu mkn lada hitam **
1 sudu mkn jintan manis **
1 sudu mkn jintan putih **
2 sudu mkn biji ketumbar **
1 sudu mkn buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu mkn serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, blh gantikan dgn buah pelaga biasa.
Serbuk rempah ini blh juga digunakan pd semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.


Loading...

Tags: #Dhabi #Mandhi #Nasi

author
Author: 
    Chinese Vegetable Stir Fry Recipe | iCookAsia
    Bring a pop of colour to any meal with this delicious Chinese Vegetable
    Viral Resepi Ayam Goreng Cili Padi
    Resepi ayam goreng cili padi… simple tapi sedap yakmat Bahan2: Ayam Kunyit Garam
    Tutorial memasak – telur crispy nyammi
    Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    RESEP MEE GORENG MAMAK PEDAS MANIS
    RESEP SAMBAL NASI LEMAK Rating video: /5 Sumber video: Youtube

    Leave a reply "Nasi Mandhi Abu Dhabi"