Nasi Lemak Utara

Loading...

aIMG 7821 1 - Nasi Lemak Utara


Nasi Lemak Utara
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
2 cawan beras Basmathi
1 sudu kecil kunyit serbuk
2 cawan santan sederhana pekat
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan – simpul
1 batang serai – di ketuk
3 hiris halia
1/2 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 biji cengkih
1 sudu besar minyak masak / mentega

Cara-cara :

  1. Cuci beras dan rendam dgn serbuk kunyit selama 20 minit.
  2. Toskan dan masukkan ke dlm periuk nasi letrik bersama santan dan semua bahan-bahan lain nya.
  3. Masukkan sedikit garam dan gaul rata.
  4. Setelah masak gemburkan dgn garpu.
  5. Keluarkan daun pandan, rempah, serai dan halia.
  6. Jika menggunakan beras wangi sukatan santan di kurangkan sedikit.

aIMG 7678 - Nasi Lemak Utara


Bahan Sambal Nasi Lemak

1 cawan ikan bilis
1/2 cawan kacang tanah
1 batang timun – hiris
3-4 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam
1/2 cawan air asam jawa
1 batang serai – ketuk
1 cawan minyak utk menumis

Bahan Kisar
50 tangkai cili kering – rebus, tos dan kisar halus
1 labu bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 in belacan – di bakar

Penyediaan :

  1. Panaskan minyak, goreng kacang tanah sehingga garing.  Tos dan ketepikan.
  2. Dalam minyak yg sama, goreng ikan bilis sehingga garing.  Tos dan ketepikan.
  3. Dalam minyak yg sama, keluarkan sedikit jika minyak banyak.  
  4. Masukkan bahan kisar, serai dan cili kisar, tumis sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan gula dan reneh sehingga pecah minyak dan berkilat.
  6. Masukkan air asam jawa, serbuk perasa dan garam.  
  7. Reneh dgn api kecil sehingga pekat. 
  8. Masukkan sedikit air dan reneh lagi sehingga sambal masak.  
  9. Sambal semakin sedap jika di reneh lama di atas dapur.
aIMG 7740 - Nasi Lemak Utara


Hidangan Nasi Lemak
Sambal
Ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng
Telur Rebus
Timun
Ayam Goreng

– Sambal Nasi Lemak boleh di gunakan utk membuat lain-lain sambal seperti sambal sotong, kerang, udang, telur rebus atau ayam yg telah di goreng.

Ambil beberapa senduk sambal, panaskan semula dan tambah hirisan bawang besar.  Tumis sehingga udang, sotong, telur atau kerang sehingga masak.  Sesuaikan rasanya.

Untuk sambal ayam, hati atau paru, gaul dulu dgn sedikit garam kunyit dan goreng.   Ambil beberapa senduk sambal, tambah sos cili, sos tomato dan bawang besar.  Sesuaikan mengikut selera.
aIMG 7682 - Nasi Lemak Utara

Nasi Lemak Utara
Loading...

Tags: #Lemak #Nasi #Utara

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Nasi Lemak Utara"