Nasi Lemak Tumis Tanpa Santan ringkas dan menyelerakan

Loading...

IMG 20170909 WA0021 1 - Nasi Lemak Tumis Tanpa Santan ringkas dan menyelerakan

Bismillahirrahmanirrahim,
Resepi nasi lemak tumis (tanpa santan) ini pernah saya share dulu dlm IG dan blog. Nasi ini popular di negeri Kedah tempat kelahiran saya, memang menggamit nostalgia tiap kali memasaknya.
Nasi Lemak Tumis (tanpa santan)
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
4 cawan beras
4 – 4 1/2 cawan air (ikut jenis beras masing-masing)
1 sk kunyit serbuk (jika suka nasi kuning, tapi saya tak letak kali ini)
Garam
-masukkan semua bahan di atas dlm periuk nasi.
Bahan tumis :
1/2 senduk minyak masak (Saya guna minyak jagung)

1 inci halia
1 helai daun pandan disimpul
1 batang serai diketuk
5 ulas bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
Rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, binga lawang, buah pelaga)
-panaskan minyak dan tumis semua bahan tumis di atas sehingga harum. Tuangkan ke dlm periuk nasi.
Kacau rata dan on plug, masak seperti memasak nasi biasa.
Sambal Bilis
Oleh : Surianti Ramli
Bahan kisar :
2 genggam cili kering -rebus dgn air sehingga didih, matikan api biar sekejap & toskan
2 – 3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih 
1 genggam ikan bilis
1 sb minyak masak
Air secukupnya
-kisar bahan diatas sehingga halus

Bahan lain :
1 senduk minyak utk menumis
Semangkuk kecil ikan bilis
1 labu bawang besar dihiris nipis
Garam
Gula secukup rasa
3 sb air asam jawa
Cara :
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis separuh garing, masukkan bawang besar. Kacau sehingga layu. Terus masukkan bahan kisar dan masak api perlahan sehingga didih. Masukkan garam & gula serta air asam jawa secukup rasa. Masak sehingga pecah minyak. Tutup api. Siap.
IMG 20170909 WA0020 - Nasi Lemak Tumis Tanpa Santan ringkas dan menyelerakan

Loading...

Tags: #Lemak #menyelerakan #Nasi #Ringkas #Santan #TANPA #Tumis

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Nasi Lemak Tumis Tanpa Santan ringkas dan menyelerakan"