Nasi Lemak sambal Ikan Bilis

3Y2A3972 1 - Nasi Lemak sambal Ikan Bilis

Hari ni sediakan Nasi Lemak , sebenarnya dah banyak kali rasanya ita kongsikan resepi nasi lemak dlm blog ita ni.
Hari ni ita sediakan nasi lemak yg simple bersama sambal ikan bilis dan telur goreng.
harap sudi-sudilah mencuba

3Y2A3992 - Nasi Lemak sambal Ikan Bilis

NASI LEMAK

3 cawan beras ~ cuci bersih dan toskan

2 ulas bawang merah ~ di hiris
2 inc halia ~ di ketul atau di hiris kasar
1 batang serai ~ di ketuk
2 helai daun pandan simpul
2 sudu teh halba
garam secukup rasa
1 biji santan ~ tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
sedikit minyak utk menumis

Panaskan minyak dlm periuk dan tumiskan bawang, halia, serai, daun pandan sehingga harum
Bila dah harum baru masukkan halba ( halba jangan masuk awal nanti pahit )
Bila dah harum, masukkan santan dan garam
Biarkan didi
bila didih , masukkan beras
tanak nasi macam biasa
Bila dah masak, buka periuk dan gaulkan rata, takut ada pati santan tertinggal di atas
Tutup periuk semula dan tanak lagi
Siap

3Y2A4040 - Nasi Lemak sambal Ikan Bilis

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

1 cawan cili kering _ yg dah potong dan rendam lermbut
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inc belacan

Semua bahan ini di kisar halus

1 cawan ikan bilis ~ di goreng
4 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1/2 cawan air asam jawa

Panaskan minyak dlm kuali , minyak ni biar lebih sikit, goreng ikan bilis, angkat ketepikan
Baki minyak tumiskan bahan kisar sehingga garing
Bila dah garing dan terbit minyak, masukkan air asam jawa
masak lagi. Masak sambal biar lama ya, minyak banyak utk sambal tahan lebih lama
Bila dah garing, masukkan garam dan gula
Biar dia masak lagi sehingga terbit minyak
tutup api
Biarkan sambal sejuk sedikit
baru masukkan ikan bilis yg di goreng
Sedia di hidangkan bersama nasi lemak.

3Y2A3980 - Nasi Lemak sambal Ikan Bilis

Loading...

Tags: #Bilis #IKAN #Lemak #Nasi #Sambal

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Nasi Lemak sambal Ikan Bilis"