NASI LEMAK SAMBAL BILIS

Assalamualaikum, 

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan 
Buang emak buang saudara

Kerana kasih hamba turutkan

Gitu, pembuka bicara petang ini. Hihihi…pantun diatas tu memang indah sekali dgn pembayang dan maksud mempunyai hubungan dan rima akhir juga tersusun rapi. Pembayangnya juga ada unsur alam dan dilontarkan dgn bahasa kiasan yg halus dan penuh dgn sindiran.  Cuma hakak nak pesan pd adik-adik yg sedang dilamun cinta, janganlah sampai buang keluarga semata-mata mengejar nafsu cinta yg tak kemana. Takut menyesal dikemudian hari dik oiii. Tetiba je kan saya jadi hakak bawang petang hari ni. Hihihi…

Sebenarnya saya nak cerita cuma resipi nasi lemak sambal bilis je, tapi melalut-lalut pula sampai ke pantun bagai. Tak apalah disamping berkongsi resipi kita selitkan juga nasihat dan sama-sama berpesan-pesan. Eh jomlah kita tengok perkongsian resipi dibawah ni…
NasiBLemakB - NASI LEMAK SAMBAL BILIS

NASI LEMAK SAMBAL IKAN BILIS
Bahan-bahan
Nasi lemak:
3 cawan beras – dibasuh & tuskan 
4½ cawan air yang bercampur dgn santan (3 cawan air & 1 ½ cawan santan)
2 cm halia – dihiris nipis

1 batang serai – diketuk
2 ulas bawang merah – dihiris
1 sudu teh lada hitam 
2 helai daun pandan –disimpul
1 sudu teh garam 

Sambal tumis ikan bilis:
100gm ikan bilis – dibersihkan & digoreng
½ cawan air asam jawa
½ cawan minyak masak 
Garam & gula secukup rasa (suaikan dgn ikan bilis yg masin)

Bahan Kisar
Sedikit ikan bilis – dibersihkan 
15 tangkai cili kering –direbus
2 labu bawang besar
½ inci belacan 

Cara membuat:

1. Nasi lemak : Masukkan beras ke dlm periuk nasi elektrik, diikuti dgn santan bercampur air dan garam.

2. Kemudian masukkan daun pandan, halia, serai bawang merah dan lada hitam. Kacau sekali lalu dan tutup periuk. Masak seperti nasi biasa.

3. Sambal tumis ikan bilis : Rebus cili kering sehingga benar-benar kembang dan tuskan. Kisar bersama bahan dikisar.

4. Panaskan minyak dlm kuali, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.

5. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Renihkan lagi.

6. Bila sambal telah pekat, blhlah masukkan ikan bilis yg telah digoreng atau hidangkan berasingan dgn nasi lemak.

7. Setelah nasi masak, blhlah dihidangkan dgn telur rebus, sambal ikan bilis dan kacang goreng.

Loading...

Tags: #Bilis #Lemak #Nasi #Sambal

author
Author: 
    #DapurBujang Ramadhan – Bihun Goreng.
    Dah pun Bulan Ramadhan! Jangan lupa saksikan Fendi dari kumpulan Balas memasak resipi-resipi
    Resep Cireng Asli Bandung [Kudapan Sunda] | Andriani Mareth
    MY OTHER SOCIAL MEDIA : twitter — https://twitter.com/AndrianiMareth fb — https://www.facebook.com/Mareth08 personal blog
    Resep Pisang Goreng Nugget
    Halo guys! Kali ini saya akan berbagi resep pisang goreng yang lagi hits
    RESEP RAHASIA TELUR GULUNG RUMAHAN ANTI GAGAL #221
    Harga Pembelian Untuk Bikin Telur Gulung Rumahan : – Wajan 11′ Rp. 18.500

    Leave a reply "NASI LEMAK SAMBAL BILIS"