Nasi lemak mudah dan sedap utk sarapan

Bismillahirrahmanirrahim,
.
Nasi lemak (beras biasa)
.
Bahan-bahan :
• 4 cawan beras – basuh dan toskan 
• 2 helai daun pandan
• 1 batang serai – ketuk
• 4 cm halia – hiris nipis
• 4 1/2 cawan santan (hasil dr campuran 3 1/2 cawan air + 1 cawan santan pekat, saya tak suka terlalu pekat sangat. Tapi kalau anda suka lemak, blh ubahsuai)
• Garam
.
Cara penyediaan :
• Masukkan semua dlm periuk dan masak seperti nasi biasa.
• Bila air kering, gembur perlahan. Saya biarkan dlm mode “keep warm” selama 10 minit baru off kan plug.
nasiBlemakB1 - Nasi lemak mudah dan sedap utk sarapan

nasiBlemakB2 - Nasi lemak mudah dan sedap utk sarapan



Sambal Sotong Kering (ada yg panggil cumi-cumi)

.
Bahan kisar :
.
• 2 genggam cili kering (rebus sehingga didih supaya lembut & toskan)
• 3-4 biji bawang besar (guna bawang merah pun blh)
• 5 ulas bawang putih
.
Bahan lain :
.
• 1 mangkuk sotong kering – rendam 4 jam atau semalaman, kemudian bilas/ramas sedikit & toskan
• Air asam jawa – asam jawa sebesar ibu jari diperah bersama 1/2 cawan air
• Garam/gula secukup rasa
• Minyak utk menumis
• Air secukupnya (anggaran 1 cawan utk kuah)
.
Cara penyediaan :

1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar.
2. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Masukkan air asam jawa.
4. Sentiasa dikacau sehingga pecah minyak.
5. Masukkan sotong kering dan air.
6. Masak sehingga didih (tidak perlu terlalu lama) dan blh matikan api.

nasiBlemakB5 - Nasi lemak mudah dan sedap utk sarapan


Loading...

Tags: #Lemak #Mudah #Nasi #Sarapan #Sedap

author
Author: 
    Mee Goreng Daging Sedap
    Detail recipe, please click my blog at http://www.aziekitchen.com/2017/11/mee-goreng-daging-yang-sedap.html Please follow me at :
    Resepi & Cara Masak Sambal Nasi Lemak Sedap
    Resepi sambal nasi lemak #airtanganamelia Bawang merah (lebih pun takpe) Bawang putih (sedikit)
    Chinese Vegetable Stir Fry Recipe | iCookAsia
    Bring a pop of colour to any meal with this delicious Chinese Vegetable
    Viral Resepi Ayam Goreng Cili Padi
    Resepi ayam goreng cili padi… simple tapi sedap yakmat Bahan2: Ayam Kunyit Garam

    Leave a reply "Nasi lemak mudah dan sedap utk sarapan"