Nasi Lemak Kukus Di Cuti Thn Baru Cina

Nasi Lemak Kuku

Sempena cuti Thn Baru Cina, Hubby meminta saya menyediakan nasi lemak utk sarapan. Maklumlah waktu cuti thn baru seperti ini, banyak kedai tutup kerana ramai yg balik kampung dek cuti yg panjang. 

Kami pergi minum petang di Restoran Wau juga terpaksa order lempeng sahaja kerana semua kuih muih telah habis. Dari situ, kami berjalan ke The Village Grocer dgn Nelly, Boy dan Mia utk mencari bahan utk memasak nasi lemak. Seronok pula kerana tiada sesak, utk mencari parking pun lebih mudah.
Nasi Lemak Kuku

Kami tidak ke mana mana, hanya tinggal di rumah sahaja kerana anak anak semua ada di rumah kecuali Nana dan Juita. Lagi pulak, saya memang tidak mahu bercuti saat cuti perayaan kerana jalan raya pastinya penuh sesak. Banyak masa akan terbuang di atas jalan raya. 


Sebetulnya sejak cucunda saya Ammar berpindah ke rumah mereka sendiri, saya belum lagi memasak. Saya seperti kemurungan dan tiada mood utk memasak. Saya sedih bila mengingatkan Ammar yg dulu sentiasa ada di dapur menemani saya. Lagi pula, saya telah mula bekerja, menjadikan saya sangat kepenatan. Banyak projek dan tugasan yg perlu disiapkan. 

Hari ini saya masih menggunakan resepi nasi lemak kukus menggunakan daun salam yg memang sangat sedap. Blh click di SINI untuk langkah demi langkah bergambar. Kaedah seperti yg saya gunakan ini menjadikan nasi lemak lebih berlemak kerana santan betul betul menyerap pd nasi berbanding dgn nasi lemak yg dimasak menggunakan periuk letrik yg mana santan akan timbul di permukaan. 

Manakala sambal tumis pula, masih menggunakan sambal yg saya kongsikan sebelum ini di SINI. Sambal mudah tetapi sangat sedap. Yg membezakan ialah teknik dan kaedah memasaknya sahaja. Memasak sambal kena banyak bersabar dan bertabah. Barulah ianya menghasilkan sambal yg sedap. Saya suka menyediakan sambal nasi lemak kosong jika utk dimakan dgn nasi lemak. Tetapi Nelly meminta saya menyediakan sambal tumis ikan bilis. Tak mahu sambal semata mata. Maka itulah terhasilnya sambal tumis ikan bilis,
IMG 6574 - Nasi Lemak Kukus Di Cuti Thn Baru Cina

Seperti biasa, saya sangat suka set nasi lemak yg dimakan dgn ikan bilis yg digoreng rangup. Saya kongsikan petua di bawah ini utk menghasilkan ikan bilis yg rangup dan sedap. 


Selain ikan bilis goreng dan timun, yg pasti adalah telur. Saya sertakan cara dan teknik menyediakan telur mata dan telur rebus yg juga sangat sedap. Telur rebus cara di bawah akan menjadikan telur kuning masih lembab dan lebih sedap serta tidak terlebih masak. Begitu juga dgn telur mata. 

Oleh kerana anak anak suka mkn ayam, saya goreng juga ayam. Goreng biasa biasa sahaja. Goreng garam kunyit. Selamat mencuba resepi resepi yg saya kongsikan di bawah ini ya..

Nasi Lemak Kuku

Sambal Tumis Ikan Bilis
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
150 gram/1 1/2 mangkuk ikan bilis
2 biji bawang besar  – hiris
1 sudu besar asam jawa – bancuh dgn 1 cawan air
1 sudu besar garam kasar
1/2 keping gula Melaka
1 sudu besar gula pasir
1 3/4 cawan minyak masak 


Bahan kisar:
8-9 sudu besar cili kisar 
12 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih – opsyenal
Sedikit belacan – opsyenal, tak letak 

Cara cara:
Panaskan minyak yg agak banyak dan masukkan ikan bilis dan kacau seketika sehingga agak agak ikan bilis layu. 

Tuangkan bahan kisar. Masak lama lama dgn api perlahan sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak.
Nasi Lemak Kuku

Masukkan air asam jawa, garam dan gula Melaka. Kacau lagi.
Nasi Lemak Kuku

Masukkan pula bawang besar hiris dan kacau sehingga bawang layu. 
Nasi Lemak Kuku

Akhir sekali, masukkan gula dan perlahankan api. Renihkan sambal sehingga benar benar cantik berkilat dan terbit minyak. Blhlah ditutup api. 
Nasi Lemak Kuku

Gula akan menjadikan sambal lebih berkilat. Jadi dimasukkan akhir sekali.


Nasi Lemak Kuku

Nasi Lemak Kukus Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
4 cawan beras Basmathi 
1 biji kelapa parut – santan
1 sudu kecil garam kasar
4 helai daun salam
Sedikit minyak masak – jika guna santan kotak

Cara cara:

Basuh bersih beras dan ditos. Masukkan santan secukupnya seperti mana sukatan air kita memasak nasi biasa.

Masukkan daun salam dan garam. Kacau rata di dlm kuali sehingga santan bergaul rata dgn nasi. 
Nasi Lemak Kuku

Terus kacau dgn perlahan supaya beras tidak patah sehingga santan kering.

Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Ceduk nasi ke dlm pengukus. Tutup penutup pengukus dan kukuslah sehingga nasi masak. 

Setelah masak, kacau rata dgn berhati hati supaya nasi tidak patah dan kekal cantik. Sedia utk dihidangkan dgn set nasi lemak.   

Nasi Lemak Kuku

Petua Menggoreng Ikan Bilis:
Petua utk menggoreng ikan bilis supaya garing dan rangup ialah dgn memilih ikan bilis yg berkualiti iaitu ikan bilis yg berwarna lebih terang. Ikan bilis mestilah dikeringkan betul betul sebelum digoreng. Ikan bilis hanya dibasuh manja sejurus sebelum dimasak sahaja. 

Pastikan minyak telah betul betul panas sebelum dimasukkan ikan bilis. Ketika menggoreng, perlahankan api utk mengelakkan ikan bilis cepat hangus. 

Masukkan ikan bilis yg sudah digoreng dlm bekas kedap udara. Tutup bekas dgn segera utk elak ikan bilis dimasuki angin dan kurang rangup. Elak guna sudu yg basah sewaktu mengambil ikan bilis kerana ia blh mengurangkan kerangupan ikan bilis.


Nasi Lemak Kuku


Petua Menggoreng Telur Mata:
Guna kuali kecil yg melengkuk ke dlm. Telur putih akan membaluti telur kuning dan tak merebak ikut saiz kuali. Minyak kena lebih supaya ianya tenggelam rata. Pecahkan telur dlm mangkuk kecil dahulu. 

Bila permukaan keliling putih telur dah garing sedikit, dah blh angkat. Tos  bagi minyak meleleh jatuh sebelum diletak ke dlm pinggan. Sebaiknya guna telur saiz D atau E. Pastikan telur kuning separa cair, baru sedap. 


Petua Merebus Telur:
Masukkan telur yg telah dibersihkan ke dlm periuk dan isikan air dlm 1-2 inci dr permukaan telur. Nyalakan api dan masak sehingga hampir mendidih. 

Sebaik mendidih, terus perlahankan api supaya air hanya mendidih kecil. Tutup periuk dan masak dlm 6-8 minit. Tutup api. Tuang api panas dan masukkan air paip bagi menghentikan telur dr terus masak. 

Loading...

Tags: #Baru #Cina #CUTI #Kukus #Lemak #Nasi

author
Author: 
    Biskut Raya Popular 2019: Resipi Snow Almond Mudah & Sedap.
    Anda dah mula tercari-cari resipi biskut raya utk thn ini? Maklumlah, Ramadan bakal
    Resipi Puding Karamel Tanpa Telur, Tak Perlu Risau Lagi Bau Yg Tak Best
    Kadangkala, puding karamel nampak sedap tapi apabila dimakan kurang menyelerakan sebab ada bau
    Resipi Colek Paling Ringkas Dan Terlajak Sedap
    Petang-petang duk kumpul adik beradik sambil2 nyicahh sambil2 membawang..resepi colek paling ringkas tapi
    Resipi Puding Tiramisu Mudah Buat
    Adus sedap dpt nikmati puding , puas terasa di tekak tambah pula mkn

    Leave a reply "Nasi Lemak Kukus Di Cuti Thn Baru Cina"