Nasi Goreng Sardin

Nasi Goreng Sardin

Hari ini tinggal saya dgn Aween sahaja di rumah. Hubby keluar utk menghadiri majlis perkahwinan, saya memang tidak dapat hadir. Majlis mkn malam BNM malam ini juga tidak dapat hadir. Sedih dan rasa tersisih. Kalau ikutkan hati, nak jer gi jalan jalan di Mall, blh hiburkan hati dgn menengok periuk baru atau ke pameran pertanian MAHA 2018 utk mencari benih anak pokok.

Selain itu, terfikir juga, aduh MC lama lama ni, bonus memang dah kena pro rate. Bila saya kongsikan apa yg difikir dgn seorang sahabat, saya diberi satu tamparan hebat. Hahaha dia menegur bila di saat seperti ini, saat sepatutnya saya fokus pd kesihatan tapi masih memikirkan bab bonus.


Hahaha katanya lagi you are wealthy enough with money and assets. Adoi seorang sahabat akan sanggup berkata dgn terus terang walaupun ianya satu tamparan. Katanya lagi, your coming soon rezeki is your second grandchildren. Mungkin betul juga. Utk diri saya, tak perlu lagi wang ringgit. Semuanya utk anak anak dan cucu sahaja. OK citer bab masakan pula.
Nasi Goreng Sardin

Huhuhu. Nana dan famili dia ke Kuantan membawa sekali pengasuh Ammar dan Nelly pula menpunyai kursus sehingga minggu depan. Dan saya? Pagi pagi lepas sarapan, terbaring sehingga tertidur. Bangun dr tidur, saya berjalan dgn terhencut hencut ke dapur.


Ternampak satu periuk kecil nasi yg dimasak oleh pengasuh Ammar. Lauk semua tak ada. Kalau seorang diri, memang lah saya tak blh memasak, Macam mana nak ambil itu ini dr peti, dr kitchen store dsb.

Tapi semangat dan kedegilan masih ada. Bila nampak Aween turun bersarapan, saya minta Aween membawa semua barang barang yg diperlukan di tepi dapur. Dapat idea utk memasak nasi goreng yg disyor oleh follower Azie Kitchen youtube channel, Mat Yoe Wanda. Saya ikut cara cara yg diajar, cuma saya menambah sayuran dan menggantikan cili api dgn cili kering kisar sahaja. Maka terhasil lah Nasi Goreng Sardin hari ini.

Itulah cara memasak, ambil yg mana basic dan ubahsuai yg mana perlu ikut citarasa sendiri. Bukan meninggalkan komen seolah juri, kenapa taruk minyak banyak, kenapa taruk bahan perasa. Hei helloo, bila awak memasak sendiri, jangan lah ikut bab minyak banyak tu kalau tak suka. Ini jari menggantikan mulut utk menyakiti hati orang lain di zaman sekarang ini.


Bukan lidah lebih tajam dr mata pedang tapi jari jemari tu yg lebih tajam dr mata pedang. Cubalah fikir sebelum meninggalkan komen di IG atau youtube orang yg tak kenal pun awak. Tanya diri sendiri, “kalau aku tulis macam ni, ada beri kebaikan tak? Kalau tak ada, lebih baik diam sahaja. Bila aku memasak, aku jangan ikut cara dia”.

Kan itu cara yg bijak, bijak dan selamat dunia akhirat. Orang yg bijak, dr kondem masakan orang lain, dia bagi syor dan kongsi cara dia memasak macam Mat Yoe Wanda ni. Bebelan saya ini kalau rasa bermanafaat, blhlah diikut. Jika rasa tak bermanafaat, maafkan lah saya.

Jom layan resepi di bawah ini. Niat saya agar ilmu masakan yg saya kongsikan ini kan memberi manafaat kepada ramai orang. Itu sahaja. Klik entri Nasi Goreng Sardin saya versi tumis dulu ikan sardin di SINI. Jangan lupa layan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba…

Nasi Goreng Sardin

Nasi Goreng Sardin
Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
1 mangkuk besar nasi
1 tin sardin 230 gram
2-3 biji telur
1 sudu besar cili kering kisar

1 sudu besar bawang merah kisar
1 sudu besar bawang putih cincang
1 sudu kecil garam atau secukup rasa

Sayuran:
1/2 batang karot

Sedikit kubis
Sedikit petai

Cara cara:
Asingkan isi sardin dgn sos sardin. Ikan dilenyek lenyek dan dituangkan ke dlm mangkuk nasi putih. Kacau supaya sardin bergaul rata dgn nasi. Ketepikan dahulu.

Nasi Goreng Sardin
Nasi Goreng Sardin
Nasi Goreng Sardin

Panaskan minyak dlm kuali, tumis bawang merah, putih sehingga naik bau dan dimasukkan cili kering kisar. Tumis sehingga cili masak dan garing.
Nasi Goreng Sardin
Masukkan karot dan kacau sehingga karot hampir lembut, masukkan sos sardin dan kacau lagi. Kemudian masukkan sayur kubis. kacau seketika.

Nasi Goreng Sardin

Nasi Goreng Sardin

Ketepikan bahan bahan yg ditumis dan tuang telur. Biarkan agak agak telur separuh mengeras, baru dikacau rata.

Nasi Goreng Sardin

Nasi Goreng Sardin

Tuangkan nasi yg telah bergaul dgn sardin tadi dan kacau rata. Masukkan garam secukupnya.Bolehlah ditutup api dan sedia utk dihidangkan.

Nasi Goreng Sardin

Nota:
Ini juga satu lagi cara yg dikongsi oleh Ulala Wakaka, follower Azie Kitchen iaitu bawang putih ditumbuk dgn cili api. Lepas naik bau, dimasukkan sardin dan digoreng sehingga agak garing sedikit, letak lada hitam, garam, sos tomato dan kicap sebelum dimasukkan nasi putih.


Loading...

Tags: #GORENG #Nasi #SARDIN

author
Author: 
    Kek Milo Kukus | Steam Milo Cake
    Join channel telegram Buat Orang Lapo untuk dapatkan notifikasi dan juga update video
    Tutorial Memasak “Tteokbokki” (Spicy Rice Cake) Versi Indonesia
    Masaknya pake bahan yg ada di Indonesia, jadi rasanya jelas ga sama dengan
    VLOG#182|RESEP BAKSO KENYAL DAN ENAK| RESEP BY ANTI MY FRIEND
    BAHAN BAKSO 1.DAGING SAPI 450GR 2.DAGING AYAM 250 GR 3.BAKING POWDER 1 SENDOK
    Tutorial Memasak mie Ala Cef Koplak
    Saya duwiarsana, di http://duwiarsana.com mencoba memasak mi dengan kompor baru saya yang lama

    Leave a reply "Nasi Goreng Sardin"