Nasi Goreng Nanas Telur Masin

aIMG 0936 1 - Nasi Goreng Nanas Telur Masin

Nasi Goreng Nanas Telur Masin
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
2 mangkuk nasi sejuk – di leraikan
5 ekor udang, sotong atau isi ayam
1 sudu besar pes telur masin Nurell
2 sudu besar bawang merah cincang
1 sudu besar bawang putih cincang
1 tangkai cili merah cincang
3 biji cili padi cincang
1 tangkai kacang panjang potong kecil
1 hiris nenas potong dadu
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil serbuk lada putih
sedikit garam
Sedikit minyak utk menumis
Hirisan daun bawang / ketumbar

aIMG 0855 - Nasi Goreng Nanas Telur Masin

Cara-cara :

  1. Tabur secubit garam dan serbuk lada putih pd udang, sotong atau ayam.
  2. Panaskan sedikit minyak dan goreng sehingga udang kemerahan.  Angkat dan ketepikan.
  3. Dalam minyak yg sama, tumis bawang merah, bawang putih, dan cili sehingga layu. 
  4. Masukkan pes telur masin dan kacau rata.
  5. Masukkan nasi, perasakan dgn sos ikan, kicap cair, serbuk lada putih dan sedikit garam.
  6. Akhir sekali, masukkan nenas dan udang yg di goreng tadi.  Gaul rata.
  7. Angkat dan tabur dgn hirisan daun ketumbar atau daun bawang apabila menghidang.
aIMG 0994 - Nasi Goreng Nanas Telur Masin

Nota :  Jika tiada pes telur masin, gunakan 3 biji kuning telur masin rebus dan lecek halus

aIMG 1035 - Nasi Goreng Nanas Telur Masin

Nasi Goreng Nanas Telur Masin

Loading...

Tags: #GORENG #Masin #Nanas #Nasi #TELUR

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Nasi Goreng Nanas Telur Masin"