Nasi Goreng Kerabu, Sesuai Dihidang Raikan Tetamu

nasi kerabu cover 1 - Nasi Goreng Kerabu, Sesuai Dihidang Raikan Tetamu

Tak susah pun nak masak nasi goreng kerabu. Senang cakap tu, campak-campak je dlm kuali. Bg peminat kerabu, blh try buat nasi goreng kerabu ni. Sedap sangat. Siap ada ikan masin goreng dlm nasi ni. Memang best.

NASI GORENG KERABU

nasi kerabu fb - Nasi Goreng Kerabu, Sesuai Dihidang Raikan Tetamu

BAHAN-BAHAN
2 cawan beras (dimasak mcm biasa)
Sedikit minyak masak
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 sudu teh belacan
6 biji cili api (dikisar halus)
3 tangkai kacang panjang (dipotong halus)
2 batang serai (dihiris halus)
Sedikit daun selom (dihiris halus)
Sedikit daun pudina (dihiris halus)
Sedikit bunga kantan (dihiris halus)
1 ulas bawang merah (dimayang)
3 sudu mkn ikan bilis goreng
1 ekor ikan masin goreng (ditumbuk halus)
Sedikit garam

CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak masukkan bawang putih, belacan dan cili api. Masak sampai kekuningan.
2. Masukan hirisan kacang panjang, serai, daun selom, daun pudina dan bunga kantan. Kacau seketika.
3. Masukkan nasi. Kacau rata.
4. Akhir sekali masukan bawang merah, ikan bilis dan ikan masin. Gaul rata.
5. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam. Kacau lagi. Sedia utk dinikmati.

Selamat mencuba!


Loading...

Tags: #Dihidang #GORENG #Kerabu #Nasi #Raikan #Sesuai #Tetamu

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Nasi Goreng Kerabu, Sesuai Dihidang Raikan Tetamu"