Nasi Goreng Daging Pekasam Dgn Beras Nagasari Import ERA

IMG 8348 1 - Nasi Goreng Daging Pekasam Dgn Beras Nagasari Import ERA

Terima kasih kepada follower yg membaca catatan perjalanan percutian United Kingdom dan Eropah 2019 saya. Hari ini saya ingin selitkan entri masakan. Nasi goreng adalah antara masakan kesukaan keluarga saya. Sepanjang bercuti ke UK dan beberapa negara Eropah baru ni pun, saya menyediakan nasi goreng. Nasi goreng sangat mudah disediakan dan blh dipelbagaikan  rasanya dgn mengunakan ramuan yg tersedia. 

Kali ini saya menyediakan nasi goreng daging pekasam menggunakan daging pekasam. Kebetulan saya diberikan 2 pek daging pekasam daging merecik oleh follower saya. Haa ini adalah salah satu idea nasi goreng yg blh anda cuba. 
IMG 8340 - Nasi Goreng Daging Pekasam Dgn Beras Nagasari Import ERA

Kali ini juga saya mencuba nasi menggunakan beras Nagasari Import ERA. Gred super import, beras putih yg dibungkus oleh BERNAS. Harga nya sangat berpatutan. Nasi nya sangat lembut dan berwarna putih. Faktor nasi putih yg digunakan juga adalah penting dlm menyediakan nasi goreng. 
IMG 8337 - Nasi Goreng Daging Pekasam Dgn Beras Nagasari Import ERA

Di samping itu, nasi putih utk dimasak nasi goreng seeloknya dimasak sebelum kita tidur. Jadi di bulan Ramadhan nanti, kita blh masak nasi sebelum tidur. Bangun waktu utk bersahur, tinggal digoreng sahaja dapat mkn nasi goreng panas panas. 
IMG 8339 - Nasi Goreng Daging Pekasam Dgn Beras Nagasari Import ERA

Jom layan resepi nasi goreng pekasam yg saya sediakan di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. 

IMG 8353 - Nasi Goreng Daging Pekasam Dgn Beras Nagasari Import ERA


Nasi Goreng Daging Pekasam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih – 3 pot beras Nagasari Import ERA
1 pek daging pekasam
3 ulas bawang merah – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
1 sudu besar cili kering kisar
4 tangkai cili padi – tumbuk kasar
2 biji telur
Brokoli 
1 batang karot – potong dadu
Garam
Minyak masak – utk menumis

Bahan hiasan:
Daun bawang
Bawang goreng

Cara cara:
Panaskan minyak masak ke dlm kuali. Tumis bawang putih, bawang merah yg dihiris sehingga wangi. 

Masukkan pula cili kisar sehingga cili garing dan masak. 

Masukkan daging dan kacau rata sehingga daging pekasam masak. Masukkan sedikit air. 
IMG 8343 - Nasi Goreng Daging Pekasam Dgn Beras Nagasari Import ERA

Masukkan karot dan brokoli sehingga separuh layu. 
IMG 8342 - Nasi Goreng Daging Pekasam Dgn Beras Nagasari Import ERA

Ketepikan dan tuang telur. Bila telur hampir mengeras, baru dikacau rata. 

IMG 8344 - Nasi Goreng Daging Pekasam Dgn Beras Nagasari Import ERA

Masukkan nasi dan kacau rata. Masukkan sedikit garam. Kacau dan sedia utk dihidangkan. 
IMG 8345 - Nasi Goreng Daging Pekasam Dgn Beras Nagasari Import ERA

Taburkan daun bawang sbg hiasan serta bawang goreng. 
IMG 8352 - Nasi Goreng Daging Pekasam Dgn Beras Nagasari Import ERA

Loading...

Tags: #Beras #Daging #GORENG #Import #Nagasari #Nasi #Pekasam

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Comments are closed.