Nasi Daging Air Asam Morocco & Pizza Sambal Ketam ,Istimewa Dari Chef Liza Zainol.

top 1 1 - Nasi Daging Air Asam Morocco & Pizza Sambal Ketam ,Istimewa Dari Chef Liza Zainol.

Chef Liza Zainol memang wanita luar biasa. Bakatnya bukan sahaja diwarisi oleh anaknya Chef Azrin Zuliani atau lebih dikenai sbg Chef Erin tetapi kesemua lima anaknya mahir memasak. Paling mengkagumkan putera tunggal beliau seorang anak OKU, Mohamad Azrol Afifi juga blh memasak mknan mudah.

chef 2 - Nasi Daging Air Asam Morocco & Pizza Sambal Ketam ,Istimewa Dari Chef Liza Zainol.

Menurut Chef Liza anaknya Mohamad, 25 thn, menjadi aspirasi buat diri dan keluarga, “Mohamad blh berkomunikasi dan mengurus diri dgn baik. Dia juga memahami arahan dan sudah blh memasak burger, sos dan sosej. Dia paling suka buat dekorasi sajian dan kek” ceritanya.

chef 1 - Nasi Daging Air Asam Morocco & Pizza Sambal Ketam ,Istimewa Dari Chef Liza Zainol.

Bekas guru bahasa Inggeris ini juga telah berjaya mengeluarkan produk mknan sendiri sambal Azza yg juga bakal disusuli dgn beberapa produk perencah dan rempah ratus yg lain. Harapannya adalah semoga anak-anak dpt meneruskan legasinya dlm bidang masakan dan menjadi usahawan yg berjaya dlm bidang ini.

chef 3 - Nasi Daging Air Asam Morocco & Pizza Sambal Ketam ,Istimewa Dari Chef Liza Zainol.

Chef Liza Zainol dan anaknya Chef Erin sudi berkongsi dua resipi istimewa kesukaan keluarga iaitu Nasi Daging Air Asam Ala Moroccan dan Pizza Sambal Crab Meat. Jangan lupa mencuba hujung minggu nanti.

1 9 - Nasi Daging Air Asam Morocco & Pizza Sambal Ketam ,Istimewa Dari Chef Liza Zainol.

Nasi Daging Air Asam Ala Moroccan

Bahan-Bahan :

  • 4 cawan beras basmati
  • 5 cawan air rebusan daging
  • 1 cawan susu cair
  • Garam secukup rasa

A: Bahan utk direbus bersama daging :

  • 1 kg daging /dipotong kiub (10 ketul)
  • 1 sudu mkn rempah kurma
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 ulas bawang merah /dikisar
  • 3 ulas bawang putih /dikisar
  • 3 sm halia – dikisar
  • 1 sudu teh lada hitam/ditumbuk lumat
  • 6 cawan air

B: Bahan utk ditumis

  • 2 sudu mkn minyak sapi
  • 2 labu bawang besar/ dihiris nipis
  • 4cm halia
  • 2 helai daun pandan pandan
  • 1 sudu mkn rempah Biryani
  • 1 sudu mkn rempah kari daging

Bahan air asam:
3 biji tomato merah
2 biji bawang besar/ hiris nipis
2 biji air asam limau/limau nipis
2 sudu mkn sambal belacan

Cara Memasak:
1. Rebus daging bersama bahan A sehingga lembut, ketepikan
2. Tumis bahan B sehingga naik bau kemudian masukkan rempah biryani dan rempah kari daging.
3. Kemudian masukkan beras basmati, kacau dan tuang air rebusan daging dan susu cair, masukkan garam, biarkan mendidih..
4. Setelah beras tadi hampir kering, masukkan daging ke dlm nasi, dan masak lagi 15 minit. Sedia utk dihidang dlm bekas tajin. (periuk tradisi Morocco)
5. Cara memasak air asam : Campurkan semua bahan di atas, garam dan gula secukup rasa.
6. Hidangkan bersama nasi daging.

TIP CHEF LIZA: Agar beras basmathi lembut dan gebu, rendamkan beras selama setengah jam bersama garam dan cuka.

2 8 - Nasi Daging Air Asam Morocco & Pizza Sambal Ketam ,Istimewa Dari Chef Liza Zainol.

Pizza Sambal Crab Meat

Bahan-Bahan:

  • 2 keping roti prata
  • 2 sudu mkn minyak sapi
  • 400 gm sambal tumis udang
  • 2 biji tomato merah / dihiris nipis
  • 2 sudu mkn sos tomato
  • 5 batang jejari ketam /di potong serong
  • 50gm keju mozarella
  • 1 sudu teh oregano
  • 6-10 biji buah zaitun

Bahan utk sambal udang:

  • 15 ekor udang sederhana saiz
  • 2 sudu mkn sambal segera Azza
  • 6 biji cili kering /dikisar
  • 1 biji bawang besar/dikisar
  • 3 ulas bawang putih/dikisar
  • 2 sudu mkn air asam jawa
  • 1/2 sudu teh garam/secukup rasa
  • 1 sudu mkn gula /secukup rasa

Cara Memasak:
1. Sediakan sambal udang dahulu.
2. Mula-mula panaskan minyak dlm kuali dan tumiskan bahan yg dikisar.
3. Kemudian masukkan sambal segera serta cili kering dan biarkan sehingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan air asam jawa, dan masukkan udang, gula dan garam secukup rasa. Biarkan udang bertukar warna menjadi merah, dan ketepikan.
5. Ambil roti prata bakar atau gril dgn menyapu minyak sapi
6. Sapu/letakkan sambal tumis udang di atas roti prata serta letakkan sos tomato
4. Letakkan tomato merah dan jejari ketam keatas prata.
5. Akhir sekali, letakkan oregano dan buah zaitun serta parut keju mozzarella
6. Bakar selama 10 minit
7. Sedia utk dihidang.

TIP CHEF LIZA : Sambal tumis biasa juga blh digunakan jika anda alahan kepada seafood.

Loading...

Tags: #ASAM #Chef #Daging #Dari #Istimewa #KETAM #Liza #Morocco #Nasi #Pizza #Sambal #Zainol.

author
Author: 
    IKAN SIAKAP KUKUS TOMYAM
    Assalam buat semua..Ikan Siakap ini dr pemberian seorang kawan baik,Nik Rosli yg suka
    Percutian Singkat Ke Perlis
    Saya mengambil kesempatan utk ke luar daerah bersama Hubby pd hujung minggu 2
    Banana Cookies Bakal Jadi Biskut Raya Yg Viral Nih…
    Tengok rupa biskut ni alahai nampak comel aje. mcm pisang emas kuning dgn
    Sup Cendawan Shiitake Enak Berkrim…Ala-ala Ikea Super Ummph.
    Malam-malam ni kalau bosan nak mkn berat-berat, ummph syok betul kalau dpt hirup

    Leave a reply "Nasi Daging Air Asam Morocco & Pizza Sambal Ketam ,Istimewa Dari Chef Liza Zainol."