NASI BERYANI KAMBING MEMANG SEDAP SESANGAT..MEMANG UMPUHHH…

Loading...

017 1 - NASI BERYANI KAMBING MEMANG SEDAP SESANGAT..MEMANG UMPUHHH...

Assalamualaikum….salam sejahtera buat semua teman yg Uj hormati…Hari ni teruja pulak Uj nak kongsikan satu resepi nasi beryani kambing yg memang sedap.Resepi Uj intai dr dapur Azie…Memang lama dah Uj teringin sesangat nak menerai nasi beryani kambing ni.
Secara kebetulan stok daging kambing bersama tulang ada pulak didalam simpana.Lepas tu cam biasalah..bila Uj teringin  nak masak sesuatu menu tu  suka sangatlah intai -intai didapur kengkawan dulu..pastu tguk fedback dr rerakan yg dah mencuba.Carik punya carik ..Terjumpa pulak
 resepi ni  didapur Azie.Bila baca fed back dr mereka yg pernah mencuba resepi dr Azie ni..rata-rata memuji akan kesedapannya …
Uj pun cubalah menerai test nak buat berdasarkan resepi yg dikongsikan oleh Azie..
Haaa…kau memang sedap Gilosss …..kembang lobang idung bila En.Hubby memuji akan kesedapan nasi beryani ni…

029 - NASI BERYANI KAMBING MEMANG SEDAP SESANGAT..MEMANG UMPUHHH...

Uj buat semua berdasarkan step dr Azie cumanya ada sedikit bahan yg Uj tambah mengikut barangan yg ada pd Uj..Bahan rempahnya Uj gunakan rempah beriyani faiza….Okeylah bagi sesiapa yg nak mencuba  dan intai-intai resepi asal dr Azie ni bolelah ke sini.
Disini Uj ingin ucapkan ribuan terima kasih diatas resepi nasi beryani kambing yg sedap dr Puan Azie ni..Semoga Puan Azie dimurahkan rezeki selalu….

032 - NASI BERYANI KAMBING MEMANG SEDAP SESANGAT..MEMANG UMPUHHH...

Untuk resepi Uj terus ambik dr blog Azie yer….

Nasi Beriani Kambing Pakistan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
9 keping kambing (dg tulang)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 biji buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar* ( uj guna rempah beryani faiezah)
1 sb serbuk jintan manis*
1 sb serbuk jintan putih*
1 sk serbuk kunyit
3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk 
1 ½ cawan yoghurt (banyak lagi sedap)
2 bay leave 
Minyak olive( Uj ganti minyak sapi)

4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus 
½ cawan susu (optional)
pewarna kuning safron (uj skip)

Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau – potong 1 inci 
Daun mint
Badam & kismis, jika suka


Caranya:


1.       Perap kambing dgn  rempah beryani faizah,sedikit serbuk kunyit serta sedikit garam selama
          1 sehingga 2 jam.




004 - NASI BERYANI KAMBING MEMANG SEDAP SESANGAT..MEMANG UMPUHHH...



2.     Panaskan minyak sapi didalam kuali..Addkan bawang besar yg dipotong 
        dadu,bahan kisar ,rempah penumis serta daun pandan.Masak sehingga 
        bahan berbau wangi.
3.     Kemudian Addkan daging kambing yg telah diperap tadi.Kacau rata 
        bersama bahan tumisan.Addkan sedikit air sehingga menutupi daging.
        Masak sehingga mendidih.
4.     Kemudian addkan yogurt bersama tomato dadu.kacau rata sehingga 
        kesemua bahan serata.Masak sehingga daging kambing menjadi empuk
        dgn api yg perlahan sehingga kuah memekat.
5.     Bila kuah dah memekat addkan sedikit garam,daun bay serta sedikit gula 
        mengikut citarasa.


Penyediaan nasi:


1.   Basuh beras,rendam selama 20 ~ 30 minit kemudian ditoskan airnya.Didalam
      periuk yg berasingan .Masukan air, sedikit minyak sapi,kulit kayu manis,
      buah pelaga.cengkih ,serta  bunga lawang sedikit garam serta daun bay.
      masak sehingga air mendidih.
      Bila air dah mendididh masukan beras yg telah ditoskan tadi dan masak
      lah sehingga nasi hampir nak masak tetapi tidak 100%.
      Kemudia keluarkan nasi dr periuk dan tapikan airnya seperti gamba
      dibawah.

    

006 2 - NASI BERYANI KAMBING MEMANG SEDAP SESANGAT..MEMANG UMPUHHH...




2.   Kemudian ambil kentang yg telah direbus tadi.alaskan didasar periuk
      rice cooker.Tujuannya adalah utk mengelakkan nasi menjadi hangus 

       didasar periuk ketika memasaknya nanti.    

3.   Ambil nasi yg telah dimasak separuh tadi dan lapiskan diatas kentang.
4.   Lapiskan telur diatas nasi ratakan ,kemudian lapiskan sedikit kuah kambing 
      serta daging kambing tadi.Renjiskan juga sedikit susu cair,sedikit minyak sapi
      serta sedikit pewarna kuningserta taburkan sedikit kismis diatasnya.




005 - NASI BERYANI KAMBING MEMANG SEDAP SESANGAT..MEMANG UMPUHHH...


5.      Ulangi lagi melapis nasi sehingga lapisan yg terakhir.


011 - NASI BERYANI KAMBING MEMANG SEDAP SESANGAT..MEMANG UMPUHHH...


6.       Utk lapisan yg terakhir..taburkan bawang goreng kismis serta
           renjiskan sedikit susu cair serta lada hijau yg telah dipatahkan 2 serta 
           daun ketumbar dan daging kambing serta kuahnya tadi.Renjiskan juga
           sedikit pewarna kuning,bawang goreng,kismas serta badam diatas nasi.
7.       Letakan periuk rice cooker ke dlm standnya dan set “on”.Biar nasi masak
          dgn sendirinya seperti biasa.
8.       Sewaktu nak dihidangkan barulah dikais nasi dgn menggunakan garfu 
          perlahan-lahan supaya nasi tidak patah.


028 - NASI BERYANI KAMBING MEMANG SEDAP SESANGAT..MEMANG UMPUHHH...

 * Jumlah sukatan air ketika memasak nasi,boleh dilebihkan kerana selepas itu kita kena toskan nasinya 





014 - NASI BERYANI KAMBING MEMANG SEDAP SESANGAT..MEMANG UMPUHHH...



                     Okeyy  enjoyyyy……  


BC0AB89BF17C02E91A0D7295C3BA4747 - NASI BERYANI KAMBING MEMANG SEDAP SESANGAT..MEMANG UMPUHHH...






Loading...

Tags: #BERYANI #KAMBING #Memang #Nasi #Sedap #SESANGAT..MEMANG #UMPUHHH...

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "NASI BERYANI KAMBING MEMANG SEDAP SESANGAT..MEMANG UMPUHHH…"