Nasi Beriani dan Daging Beriani sedap ala kenduri

Loading...

photo 2018 03 25 12 18 56 1 - Nasi Beriani dan Daging Beriani sedap ala kenduri

Nasi Beriani
Oleh : Surianti Ramli
.
Bahan-bahan :
4 cawan beras basmathi (cuci bersih, rendam 30 minit & toskan)
2 sudu besar rempah beriani(dijadikan pes iaitu ditambah sedikit air, saya biasa pakai rempah Faiza & Maggi)
1 kiub pati ayam
6 cawan air
1/2 cawan susu cair
Garam
Pewarna kuning & oren
.
Bahan tumis :
2 sudu besar minyak sapi
Rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang, pelaga)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 inci halia dimayang
2 helai daun pandan
.
Cara masak : 
1. Cairkan minyak sapi.
2. Bila telah panas, tumiskan bawang besar, halia, rempah 4 sekawan dan daun pandan sehingga harum. 
3. Masukkan pes rempah beriani dan kiub pati ayam. 
4. Masukkan beras. Kacau perlahan anggaran 2 minit. 
5. Masukkan air bersama susu cair. Kacau rata, masak seperti nasi biasa.
6. Bila nasi telah mulai masak, lubangkan nasi dan titiskan pewarna oren & kuning berselang seli. Biar 10 minit & gembur perlahan.
Jika suka, blh ditaburkan gajus, kismis, daun sup/daun bawang, daun pudina serta bawang goreng di atas nasi.

photo 2018 03 25 12 19 03 - Nasi Beriani dan Daging Beriani sedap ala kenduri

photo 2018 03 25 12 19 11 - Nasi Beriani dan Daging Beriani sedap ala kenduri

Daging Beriani
Oleh : Surianti Ramli

.
Bahan-bahan :
1/2 kg daging – dipotong kiub , rebus separuh empuk
.
Bahan perapan (dikisar halus):
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
.
Bahan tumis:
2 sudu besar minyak sapi
Rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang, pelaga)
1 labu bawang besar
.
Bahan lain :
2 sudu besar rempah beriani dibancuh dgn sedikit air (saya biasa pakai rempah beriani Faiza & Maggi)
1 biji buah tomato didadu
1/2 cawan bawang goreng
2 sudu besar badam serbuk
1/2 cawan susu cair
 Air secukupnya 
3 helai daun pudina atau daun ketumbar
Garam/gula secukup rasa
.

Cara penyediaan :
1. Perap daging yg telah direbus separuh empuk dgn bahan perapan selama 1 jam.
2. Cairkan (panaskan) minyak sapi, tumis bahan tumis sehingga harum.
3. Masukkan rempah beriani dan buah tomato, masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan perapan daging dan sedikit air. Masak sehingga daging empuk.
5. Masukkan bawang goreng, daun pudina, gula serta garam secukup rasa. Kacau sebati. 
6. Akhir sekali, masukkan serbuk badam dan susu cair. Masak sehingga kuah pekat, matikan api.

photo 2018 03 25 12 19 19 - Nasi Beriani dan Daging Beriani sedap ala kenduri

Set nasi beriani hari ini saya mkn dgn papadom goreng dan sayur salad/tomato ceri. Kalau rajin, blh juga buat jelatah dan lauk sampingan lain.

photo 2018 03 25 12 19 31 - Nasi Beriani dan Daging Beriani sedap ala kenduri

photo 2018 03 25 12 19 46 - Nasi Beriani dan Daging Beriani sedap ala kenduri

Selamat mencuba !

Loading...

Tags: #Beriani #Daging #Kenduri #Nasi #Sedap

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Nasi Beriani dan Daging Beriani sedap ala kenduri"