NASI AYAM PALING SEDAP

014 5 - NASI AYAM PALING SEDAP

Assalamualaikum…
Salam sejahtera buat semua teman dan salam jumaat serta salam penghulu segala hari..
Menu Uj dihari jumaat yg mulia ini ialah nasi ayam.Sebut jer nasi ayam pasti ramai orang sukakan.Salah satu resepi yg amat sedap pd selera Uj..Resepi dr dapur Azie kitchen di sini.
Tak sangka Uj mkn pun blh bertambah.Memang kenalah dgn selera kami sekeluarga.

016 - NASI AYAM PALING SEDAP

Terima kasih pd Azie yg sudi berkongsi resepi yg sedap ni.Izinkan Uj panjang-panjangkan lagi resepinya di dapur Uj ni.Seperti biasa Uj ader membuat sedikit olahan didalam resepi Azie ni mengikut cara Uj..Jika inginkan resepi Azie yg asal blh intai-intai resepinya di sini.
Bagi mereka yg peminat tegar nasi ayam ni blhlah mencuba nasi ayam dr Azie kitchen ni.Rugi tau kalau tak cuba..yummehhh
Okey jom kita ke resepi…….

009 2 - NASI AYAM PALING SEDAP
Nasi Ayam Paling Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Lauk Ayam:
1 ekor ayam
Halia
Bawang putih
Bawang merah

Bahan perap:
Sos tiram
Kicap cair
Kicap manis
Madu
Minyak bijan

Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dgn bahan kisar selama 30 minit.

Didihkan air di dlm periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dgn bahan perap seketika. Gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.


Goreng ayam secara deep fry atau di dlm periuk yg dlm sehingga minyak menenggelami ayam. Utk lebih mudah, sangkutkan ayam dgn besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. Setelah ayam masak angkat dan gantung utk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.


Nasi Ayam:
 
sedikit mentega 
3 cwn beras wangi
31/4 air rebusan ayam
sedikit serbuk kunyit.(kalau tak suka nasi berwarna kuning..abaikan)
Bawang merah
Bawang putih
Halia
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave) ( uj x letak)
1/4 cwn Susu full cream
Serbuk ayam
Garam
Gula
Rempah penumis – bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis

Basuh beras wangi, tos dan letak dlm rice cooker. 

Di dlm kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yg telah dikisar, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan serta 
sedikit serbuk kunyit.

Setelah naik bau masukkan 31/4 cwn drpada air rebusan ayam tadi, 1/4 cwn susu full cream, garam, serbuk ayam dan gula mengikut rasa. Kemudian tuangkan kedalam rice cooker tadi.Masaklah nasi seperti biasa.

Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.

Sambal Cili
 
 
20 bj  cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia – saya tambah
1 sudu teh cuka ( Uj letak perahan limau kasturi)
1 sudu teh garam 
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam – saya tambah
sos cili

Blend cili merah  dgn halia dan bawang putih. Masak di dlm kuali. Masukkan gula, garam dan perahan limau kasturi secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam tadi. Masak dgn api kecil sehingga likat.  


Sambal Kicap
 
Air kicap hasil perapan ayam tadi dicampurkan dgn sedikit air rebusan ayam tadi.Kemudian dimasak didalam kuali sehingga mendidih. 


Kuah Sup
 
Garam
Serbuk ayam
Daun bawang – tabur
Bawang putih goreng – tabur

Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan jeruk , garam dan serbuk ayam.

Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.






Inilah nasi ayamnya….Uj gunakan beras biasa….


012 3 - NASI AYAM PALING SEDAP

Ayam gorengnya……
Kuah kicapnya Uj tak buat sebab rakyat jelata dlm rumah tak berapa menyukainya..

008 2 - NASI AYAM PALING SEDAP

Jemput mkn……

011 2 - NASI AYAM PALING SEDAP

            Okey  enjoyy…

BC0AB89BF17C02E91A0D7295C3BA4747 7 - NASI AYAM PALING SEDAP

Loading...

Tags: #Ayam #Nasi #Paling #Sedap

author
Author: 
    Sambal Udang Dgn Petai
    Sambal Udang dgn Petai hari ini saya sediakan berasaskan resepi yg saya salin
    KEK COKLAT MONOGRAM
    Assalam buat semua…Kek coklat  ini di buat semasa harijadi BFF saya yg sudah
    Kuih Akok Yg Sedap
    Masih teringat ingat dgn kuih Akok yg saya sediakan beberapa hari lepas di
    Mee Goreng Azie Kitchen Versi Dgn Telur
    Mee goreng adalah antara mknan yg digemari oleh suami dan anak anak saya.

    Leave a reply "NASI AYAM PALING SEDAP"