NASI AYAM HAINAN SEDAP

Assalamualaikum, 

Apa khabar netizen yg masih sudi masuk ke blog fiza’s Cooking? Masih belum terlambat rasanya utk saya ucapkan Selamat Thn Baru 2018, dan semoga thn ini perjalanan hidup, rezeki dan kesihatan kita semua lebih baik dr thn-tahun lalu, InshaAllah. 

Ok ini adalah entry pertama saya utk thn ini iaitu Nasi Ayam Hainan. Kalau kita lihat bahan-bahan yg digunakan nampak macam banyak kan. Tetapi sebenarnya bahan-bahan tu memang dah tersedia dlm dapur kita dan digunakan utk masakan sehari-hari.

Baiklah jom tengok resipi nasi ayam hainan sedap yg saya sediakan dibawah ini. 
NASIBAYAMBHAINANBSEDAP - NASI AYAM HAINAN SEDAP
NASI AYAM HAINAN 
Bahan ayam hainan
1 ekor ayam – dipotong empat 
2 ulas bawang putih – dicincang halus
1 inci halia – dipotong nipis
2 kiub ayam
2 liter air
Garam secukup rasa

Bahan nasi 
4 cawan beras  – dicuci dan tuskan 
2 sudu besar minyak 
2 biji bawang putih – dikisar 
2 inci halia – dikisar 
½  sudu besar minyak bijan 
2 helai daun pandan – disimpul 
5 cawan air rebusan ayam 

Bahan sambal (dikisar halus)
3 biji cili merah 
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar 
½  inci halia
1 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar gula pasir
2 sudu besar sos cili 

Bahan sup 
½  bahagian air rebusan ayam
½  sudu teh lada sulah 
1 pokok daun sup – dihiris halus

Cara membuat :

1. Ayam Hainan : Rebus ayam dgn bahan-bahannya dgn api sederhana dlm 30minit. Angkat ayam dan ketepikan.

2. Bahagi dua air rebusan ayam utk digunakan melengkapkan sup dan nasi ayam nanti.

3. Nasi : Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan air rebusan ayam dan seterusnya beras, simpulan daun pandan dan minyak bijan. Masak seperti biasa.

4. Sambal : Tuang semua bahna yg telah dikisar dlm periuk, masak sehingga agak pekat.

5. Sup : Didalam periuk lain, panaskan baki air rebusan ayam sehingga mendidih dan masukkan lada sulah serta daun sup. Matikan api dapur.

6. Setelah siap, hidang bersama daun salad, hirisan timun dan hirisan tomato sbg pelengkap menu nasi ayam hainan ini. 

Ok itulah resipi Nasi Ayam Hainan sedap, entry pertama saya pd thn 2018 ni. Selamat mencuba ye 😉 

Loading...

Tags: #Ayam #Hainan #Nasi #Sedap

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "NASI AYAM HAINAN SEDAP"