Nasi Arab Kabsah

Loading...

aIMG 3590 1 - Nasi Arab Kabsah


Nasi Arab Kabsah 
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Nasi Arab Kabsah

Rempah Kabsah Homemade **
1 sudu besar bunga cengkih
1 sudu besar Buah pelaga
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
2 sudu besar biji ketumbar

Serbuk cili dan serbuk kunyit

Penyediaan :
Sangai semua bahan kecuali serbuk cili dan serbuk kunyit sehingga menjadi ringan,
Masukkan ke dlm pengisar kering dan kisar sehingga menjadi serbuk.
Kemudian gaulkan dgn 1 sudu besar serbuk cili dan 1 sudu besar serbuk kunyit.
Simpan di dlm botol utk di gunakan dlm resipi nasi kabsah atau mandi.

aIMG 3569 - Nasi Arab Kabsah

Bahan Air Rebusan
1 ekor ayam sederhana, potong 6, cuci bersih
8 cawan air
1 sudu besar minyak sapi dan 1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil bunga cengkih
2 sudu kecil lada hitam biji
1 sudu kecil buah pelaga
2 helai daun bay
3 sudu besar Rempah Kabsah **
1 sudu besar pes halia dan bawang putih (1 inci halia di kisar dgn 5 ulas bawang putih)

1/2 sudu besar serbuk pati ayam

1/2 sudu besar garam
1/2 cawan bawang merah, potong dadu
1/2 cawan tomato segar, potong dadu
1/4 cawan cili hijau, potong bulat

Penyediaan :
Panaskan minyak sapi dan minyak masak.
Masukkan bunga cengkih, pelaga, lada hitam dan daun bay.
Tumis sebentar sehingga naik bau dan masukkan bawang dan cili hijau.
Bila bawang layu, masukkan tomato, kacau rata.
Masukkan ayam, pes halia bawang putih, serbuk pati ayam dan rempah kabsah.
Tutup kuali dan biarkan sebentar.  Gaul ayam sehingga rata.
Masukkan air sehingga menutupi ayam dan masak sehingga mendidih.
Tutup api dan angkat ayam keluar dan toskan.  Ketepikan utk membuat ayam panggang.
Tapis air rebusan dan ketepikan 4 1/2** cawan utk memasak nasi.
Baki air rebusan pula utk memasak sup.

aIMG 3597 - Nasi Arab Kabsah

Nasi Kabsah
3 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 20 minit.
4 1/2 cawan air rebusan ** yg di ketepikan,
Garam secukup rasa.
Zafran atau pewarna kuning dan oren
1/2 cawan daun ketumbar hiris.
Hiasan, gajus, badam dan kismis goreng

Penyediaan :
Toskan beras dan masukkan ke dlm periuk nasi bersama air rebusan ayam.
Tambahkan sedikit garam dan gaul rata.  Tunggu sehingga nasi masak.
Cucuk nasi dgn chopstick di beberapa tempat dan titiskan pewarna di dlmnya.
Tutup periuk seketika, kemudian tabur dgn daun ketumbar.
Gemburkan nasi menggunakan chopstick supaya nasi tidak patah.
Hidang di dlm pinggan dgn taburan daun ketumbar, gajus, badam dan kismis goreng.
dan Hidangan Sampingan Sup Rempah, Salata dan Salad

Bahan Sup Rempah Ayam :
Baki air rebusan ayam
1 biji ubi kentang, potong
1/2 biji carrot, potong
sedikit garam.

Masukkan air rebusan di dlm periuk bersama ubi kentang dan carrot.
Perasakan dgn sedikit garam dan masak sehingga ubi empuk.

Bahan Ayam Kabsah Goreng atau Panggang :
Ayam yg telah di rebus
1 sudu besar minyak zaitun / minyak masak
1 sudu besar rempah Kabsah
sedikit garam

Penyediaan :
Gaul rata dan perapkan ayam tadi dgn bahan-bahan di atas.
Panggang di dlm oven atau pemanggang Ajaib
atau di goreng

aIMG 3611 - Nasi Arab Kabsah

Bahan Sos Salata
2 biji tomato
1 biji bawang besar
2 batang cabai hijau
1 sudu besar jus limau nipis atau lemon
1 cawan hirisan daun ketumbar
Garam dan gula secukupnya

Cara :  Masukkan dlm pengisar dan kisar sekejap saja tidak terlalu halus.

aIMG 3598 - Nasi Arab Kabsah

Bahan Salad Arab 
1 cawan tomato dadu
1/2 cawan bawang besar merah dadu
1 cawan timun dadu
Sedikit perahan jus limau nipis atau lemon
1 sudu kecil minyak zaitun
Sedikit garam

Cara : Gaulkan semuanya sehingga rata.

aIMG 3591 - Nasi Arab Kabsah

Nasi Arab Kabsah
Loading...

Tags: #Arab #Kabsah #Nasi

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Nasi Arab Kabsah"