NASI ALA KAK WOK KELANTAN

Loading...

IMG20161123123512 1 - NASI ALA KAK WOK KELANTAN

NASI ALA KAK WOK KELANTAN
Baru-baru ini saya ada bertandang ke Kota Bharu Kelantan. Waktu mkn malam di sebuah restoran, saya telah order Nasi Kak Wok. Aduh! Mak… sekali suap terasa enaknya. Balik ke Kulim, teringat-ingat kesedapan Nasi Kak Wok.. saya cari-carilah resepinya utk mencuba utk masak sendiri. Maka inilah hasilnya.. Ala-ala gitu…

IMG20161123123125 - NASI ALA KAK WOK KELANTAN

KARI AYAM KAK WOK
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam
4 sudu mkn rempah kari daging
4 sudu mkn serbuk cili
2 sudu mkn rempah beriani
200 ml Santan Kara (Boleh guna santan pekat fresh)
Air secukupnya
2 keping kiub ayam ADABI
1/2 sudu mkn asam jawa – campur sedikit air utk dapatkan jusnya
Garam

Bahan Tumis:
1 biji bawang besar – hiris nipis
1 inci halia – hiris halus
4 pelepah daun kari
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumis sehingga wangi.
  2. Masukkan semua rempah yg telah dibancuh dgn sedikit air sehingga menjadi pes. Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkankan ayam. Gaul rata.
  4. Masukkan santan. Gaul rata.
  5. Masukkan air asam jawa, air secukupnya utk jadi kuah. Masak sehingga mendidih.
  6. Masukkan kiub ayam dan garam. Teruskan memasak sehingga pecah minyak. 
  7. Tutup api, sedia utk dihidangkan.

IMG20161123122638 - NASI ALA KAK WOK KELANTAN

AYAM GORENG KUNYIT
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam
Garam
Serbuk kunyit
Serbuk pati ayam/ aji no moto/ perencah mknan HILAL
Kacang panjang – potong 2 inci panjang (saya tak bubuh)
Bawang besar – potong kasar

Cara-caranya:

  1. Gaul ayam bersama garam, serbuk kunyit dan perencah mknan HILAL. Perap sebentar.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Goreng ayam sehingga masak.
  3. Masukkan kacang panjang dan bawang besar. Goreng sehingga kacang dan bawang layu.
  4. Angkat dan sedia utk dihidangkan.

IMG20161123122809 - NASI ALA KAK WOK KELANTAN

SAMBAL CUKA
Bahan-bahannya:
Cili merah
Cili api
Cuka
Garam
Gula

Cara-caranya:
Masukkan semua bahan dan sedikit air masak ke dlm blender. Blend sehingga halus.
Sambal ni perlu ada rasa masam dan manisnya.
Sedia utk dihidangkan.

IMG20161123123541 - NASI ALA KAK WOK KELANTAN

Loading...

Tags: #KELANTAN #Nasi

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "NASI ALA KAK WOK KELANTAN"