Nangka Masak Lemak Ikan Masin

Loading...

Nangka Masak Lemak Ikan Masin

Sejak kecil saya suka mkn ikan kering yg dimasak gulai bersama ikan rebus dan dijadikan lauk nasi berlauk. Kebiasaannya penjual nasi berlauk akan menggunakan ikan plater. Di dlm periuk ikan gulai, dimasukkan sekali hirisan timun dan kacang panjang dan lada hijau solok. Seekor ikan kering memang tak cukup, itu yg menjadikan lauk ini sentiasa di hati. 

Kita lari sedikit dr topik masakan, sebenarnya dah beberapa hari saya teringin hendak mkn ayam hutan dan ikan sungai liar. Merata rata saya mencarinya. Aduhai susah nak mendapatnya di sini. Saya juga teringin nak mkn burung sita atau di sini dipanggil burung ruak ruak yg saya last sekali mkn rasanya lebih 30 thn lepas. 

Bila ada masa terluang jer, saya akan melihat youtube cara menangkap ayam hutan dan burung ruak ruak. Bagusnya google ni, macam macam kita blh cari di sini. Hahaha termasuk lah blog azie kitchen juga blh dicari melalui google kan.

Sejak kecil sehingga kini, saya sukakan haiwan dan ternakan seperti ikan, burung, ayam peliharaan. Semasa di kampung dulu, suka merayau di sungai, paya dan hutan memancing ikan, mencari ikan laga, mencari anak ikan keli di telaga telaga yg tidak lagi digunakan, mencari burung puyuh dan sarang burung.  

Saya pernah membeli seekor burung yg telah menang pertandingan dgn harga RM400 dek kerana minat. Saya juga membawa balik ayam serama dan ayam hutan dr Kelantan utk di pelihara. Ikan yg saya pelihara dlm kolam ikan di rumah juga ialah ikan kelah yg merupakan ikan exotik. 

Memang minat dan kecenderungan saya ke arah itu. Melihat ikan berenang memberikan ketenangan. Saya juga suka mendengar ayam berkokok dan burung berkicau. Di hadapan rumah saya sekarang ini, macam macam burung liar akan melintas. Kalau ternampak burung seperti burung ruak ruak, burung bangau pun ada, saya sanggup mengekori sehingga ianya hilang dr mata. Keterujaan saya tat kala itu, tidak blh digambarkan dgn kata kata. 

Seperti saya, anak anak lelaki saya juga dulu minat dgn haiwan peliharaan. Tapi sayang suami saya tidak meminatinya menyebabkan minat saya tak bersemai. Hahaha tak kan lah nak ikut geng lelaki pergi berburu atau memancing pula kan.  

Nangka Masak Lemak Ikan Masin

Berbalik pd resepi hari ini, nangka yg saya gunakan hari ini utk nangka masak lemak ikan masin adalah baki dr nangka yg saya gunakan utk memasak nangka masak lemak cili api dgn daging dan petai kikis di SINI. 

Serius saya memang suka lauk masak lemak ala kampung ini. Kebelakangan ini, saya memasak menggunakan santan segar. Lagi lah sedap dan hebat menternak lemak. Hahaha.

Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba…

Nangka Masak Lemak Ikan Masin

Nangka Masak Lemak Ikan Masin
Oleh: Azie Kitchen

Bahan kisar :
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
2 tangkai cili padi
1 inci kunyit hidup

Bahan bahan:
2 keping nangka muda – direbus 
Ikan masin kurau
2 batang serai – ketuk
1 biji kelapa – santan
Garam
1 keping asam keping 

Cara cara: 

Nangka direbus dlm air mendidih. Angkat, tos dan potong kecil. Ketepikan.
Nangka Masak Lemak Ikan Masin

Nangka Masak Lemak Ikan Masin

Panaskan satu senduk minyak masak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga naik minyak.  


Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih. Masukkan ikan masin dan masak sehingga ikan masak. 
Nangka Masak Lemak Ikan Masin

Masukkan nangka yg telah direbus, asam keping dan sedikit garam. Nota: jangan terlebih garam kerana ikan masin dah masin. Sesuaikan rasa dan blhlah tutup api. 
Nangka Masak Lemak Ikan Masin



Loading...

Tags: #IKAN #Lemak #Masak #Masin #NANGKA

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Nangka Masak Lemak Ikan Masin"