MUSHROOM SOUP BERBALOI BUAT SENDIRI

Loading...

025 1 - MUSHROOM SOUP BERBALOI BUAT SENDIRI

Assalamualaikum..buat semua teman.
Kali ni Uj nak kongsi resepi mushroom soup atau sup cendawan ala Pizza Hut tu..Alhamdulillah sedap pd tekak Uj.. Memang berbaloi membuatnya .Lain kali tak payah beli lagikan dan dah blh buat sendiri..Bahannya pun simple jer, yg penting airtangan kita sendiri dan dihidangkan pulak utk keluarga tersayang…
Untuk roti bawang putihnya pula..Uj gunakan roti gardenia biasa jer.Disebabkan malas nak carik roti lain.

004 1 - MUSHROOM SOUP BERBALOI BUAT SENDIRI

Secara kebetulan stok roti gardenia ade pulak..makanya dgn kreaviti sendiri buatlah roti panggang bawang putih..Bila dibakar didalam oven..Semerbak jer baunya…Bila dah dicicah dgn mushroom soup tu ermm  sedap pulak rasanya…Resepi mushroom soup ni Uj intai di dapur Qaseh Honey.Kalau utk resepi yg sama jugak bole gak lah intai di sini
Terima kasih kepada kengkawan yg sudi berkongsi resepi kesukaan ramai ni…
Okeylah..jom kita kebahannya…Tapi sebelum tu biasela..Uj buat berdasarkan bahan yg sedia ada didalam simpanan Uj…Uj tak letak ayam Uj hanya gunakan cemdawan butang yg didalam tin jer…

024 - MUSHROOM SOUP BERBALOI BUAT SENDIRI

Bahannya:

1000ml air
500 ml susu segar
1 tin cendawan butang di cincang ( uj guna ayam brand)
21/2 ulas kiub ayam( uj lebihkan sebab Uj x guna hirisan daging  ayam)
1/2 cwn tepung gandum dicampurkan dgn 1 cwn air
sedikit garam
sedikit perasa,
sedikit serbuk lada hitam utk menghidang( jika suka)

Caranya..

1.     Masukkan 1000ml air kedalam periuk..Panaskan sekejap
2.     Bila dah mula mendidih masukan 500 ml; susu segar berserta kiub ayam.
3.     Dgn api yg perlahan biarkan susu mendidh sebentar dan kiub ayam larut.
4.     Bila susu dah mula mendidih addkan tepung yg telah dicampurkan dgn 1 cwn air tadi.
5.     Kacau rata tepung agar bersatu dgn susu..Tambahkan cendawan yg telah dicincang tadi.
6.     Perlahankan api biar bahan mereneh dan memekat diatas api.
7.     Bila bahan dah memekat, addkn sedikit garam serta sedkit perisa ajinomoto.
8.     Biarkan mereneh sebentar .Kacau selalu.Bila dah memekatdan sesedap rasa  bolelah
        dihidangkan
9.     Taburkan sedikit serbuk lada hitam diatasnya jika suk ketika menghidangnya..

007 - MUSHROOM SOUP BERBALOI BUAT SENDIRI

Resepi utk roti panggang bawang putih pula…

Bahannya:

 4  keping roti gardenia
 4 ulas bawang putih dicincang dan dilenyek halus dgn menggunakan belakang pisau
 4 ketul mentega

Caranya :

1.     Satukan mentega dgn bawang putih yg telah dilenyek halus tadi.Gaul sebati
2.     Panaskan oven 250 degree.
3.     Sapukan roti  dengan mentega yg telah digaulkan dgn bawang putih tadi .Kemudian
        potong roti kepada 4 bahagian.
4.     Susun didalam dulang pembakar.
5.     Bakar sehingga garing dan kekuningan.
6.     Ketika bakar gunakan api atas sahaja.

            Okey…Enjoyy….

BC0AB89BF17C02E91A0D7295C3BA4747 1 - MUSHROOM SOUP BERBALOI BUAT SENDIRI

Loading...

Tags: #BERBALOI #Buat #MUSHROOM #sendiri #soup

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "MUSHROOM SOUP BERBALOI BUAT SENDIRI"