Murid Tingkatan 2 cipta “power bank” sendiri

powerBbank - Murid Tingkatan 2 cipta "power bank" sendiri

Baru Tingkatan 2, tetapi keupayaan seorang murid Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Johor ini sangat membanggakan apabila berjaya mencipta alat pengecas mudah alih (power bank) tanpa bantuan sesiapa.

Mohamed Arief Hariz dr SMK Sultan Ismail, Johor Bahru ini hanya mengambil masa satu jam utk mencipta alat berkenaan dan tidak menyagka ianya membuahkan hasil lapor akhbar Harian Metro.

Idea tersebut tercetus apabila abang sulungnya, Mohamed Amir Hariz, 21, menyuarakan keinginan utk membeli power bank yg baru.

“Alat tersebut bukan dicipta utk projek sekolah tetapi inisiatif saya sendiri dan sebelum menciptanya, saya minta pandangan guru selain merujuk buku kejuruteraan.

“Kebetulan, bahan diperlukan seperti kotak terpakai, pengecas telefon bimbit di dlm kereta, suis, wayar, bateri sembilan voltan dan ‘glue gun’ ada di rumah jadi saya tidak perlu mengeluarkan modal utk menciptanya.

“Selepas selesai, saya cuba alat itu pd telefon bimbit menggunakan kabel USB dan terkejut apabila ia berfungsi selepas cubaan kali pertama,” katanya kepada pemberita Harian Metro.

Menurut Mohamed Arief, buat masa ini, alat itu blh mengecas telefon bimbit utk tempoh 30 minit.

img 4396 - Murid Tingkatan 2 cipta "power bank" sendiri
Ihsan Twitter Mohamed Amir Hariz.

img 4397 - Murid Tingkatan 2 cipta "power bank" sendiri
Ihsan Twitter Mohamed Amir Hariz.

Katanya, dia bercadang melakukan penambahbaikan bg membolehkan alat itu berfungsi utk tempoh lebih lama dan sempurna seperti yg ada di pasaran.

“Saya terkejut selepas video ciptaan saya itu tular di media sosial dan berterima kasih kepada mereka yg memberi idea.

“Memang ada perancangan utk melakukan penambahbaikan antaranya dgn menambah lampu dan menukar kotak dgn alat lain yg lebih kukuh.

“Diharap, saya dpt merealisasikanya kerana siapa tahu, ia blh dikomersialkan nanti dan menjadi impian saya utk mencipta lebih byk inovasi pd masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Amir Hariz berkata, niatnya memuat naik video berkenaan (video ciptaan Mohamed Arief) adalah utk berkongsi ciptaan adiknya dgn pengikut di Twitter.

Bagaimanapun, Mohamed Amir tidak menyangka perkongsian video itu mendapat perhatian dan reaksi positif drpada warganet.

“Saya ada suarakan keinginan utk membeli power bank tetapi menangguhkannya kerana belum menerima gaji dan tak sangka, ia memberi idea utk adik (gelaran utk Mohamed Arief) mencipta alat berkenaan.

“Sebagai abang, sudah tentu saya kagum dgn kepintarannya mencipta alat itu kerana dia melakukannya sendiri tanpa bantuan sesiapa.

“Disebabkan itu, saya berkongsi gambar ciptaannya kelmarin sebelum memuat naik video di Twitter semalam bg berkongsi dgn pengikut serta membuktikan alat berkenaan benar-benar berfungsi,” katanya yg juga graduan Diploma Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka.

Setakat jam 7 malam ini, video ciptaan Mohamed Arief sudah mencapai 35,100 tontonan, manakala gambar dimuat naik pula mendapat lebih 7,600 ulang ciap dan 6,400 tanda suka.


Loading...

Tags: #Bank #Cipta #Murid #Power #sendiri #Tingkatan

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.