Murid teras ketiga pencapaian KPM di bawah kerajaan PH – Maszlee

26A7D64E BB1D 4E5B 8F84 47D3EA084B47 1 - Murid teras ketiga pencapaian KPM di bawah kerajaan PH - Maszlee

Teras ketiga pencapaian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah kerajaan baharu ialah menjadikan murid sbg tonggak utama dlm sistem pendidikan negara. Di bawah teras ini terdapat enam perkara yg menjadi tumpuan.

Perkara pertama ialah pemansuhan Peperiksaan Tahap 1.

Mulai thn 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memansuhkan amalan Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Thn Murid Tahap I di Sekolah Rendah termasuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Sekolah Pendidikan Khas (SPK), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI) di KPM.

Pemansuhan ini melibatkan lebih 450,000 murid. Laporan penilaian pertengahan thn dijadual akan dikeluarkan Jun 2019.

Pemansuhan ini dilaksanakan selaras dgn usaha reformasi pendidikan dan konsep pembelajaran yg berorientasikan perkembangan murid.

Pentaksiran terhadap Murid Tahap I juga akan dilaksanakan secara lebih objektif melalui suasana pengajaran dan pembelajaran yg menyeronokkan berpaksikan kepada usaha pembangunan karakter dan potensi murid secara berterusan.

Melalui usaha ini, kita mampu menghasilkan murid yg memiliki keupayaan dan pemikiran holistik di samping membina jati diri dan nilai-nilai positif sejak dr awal lagi.

Ibu bapa juga mampu melihat perkembangan anak-anak secara lebih menyeluruh dan tidak tertumpu kepada soal akademik semata-mata.

Guru-guru juga mendapat peluang yg baik utk mengenali diri murid dgn lebih dekat melalui penerapan nilai-nilai murni yg dipentingkan dlm pentaksiran baharu ini. Ia juga memberikan lebih ruang buat guru utk menyemai nilai-nilai berkenaan dlm diri murid.

Secara umumnya pemansuhan ini amat bertepatan dgn budaya pendidikan berteraskan kasih sayang, kegembiraan dan hormat-menghormati yg sedang ditampilkan oleh KPM.

Ia membolehkan kita meletakkan nilai sbg punca kepada pengetahuan dan memastikan anak-anak kita terdidik sbg generasi yg berbudi dan berilmu tinggi.

Perkara kedua ialah hak pendidikan utk anak-anak tanpa dokumen.

Mulai 2019, KPM memutuskan utk memberikan peluang utk kanak-kanak tanpa dokumen utk ke sekolah. Ini merupakan anjakan penting dlm reformasi pendidikan negara.

Sehingga kini, 2,635 kanak-kanak tidak berdokumen ini telah mendaftarkan diri utk mengikuti sesi persekolahan dan KPM amat gembira melihat jumlah ini semakin bertambah.

Mendekatkan mereka dgn persekolahan dan pendidikan adalah satu usaha utk membantu mereka membina kembali masa depan agar mampu mengubah nasib diri dan keluarga.

Dasar ini dilaksanakan dgn teliti dan mengambil kira pelbagai faktor termasuk perundangan dan peraturan-peraturan yg berkaitan.

Perkara ketiga ialah peruntukan yg signifikan utk tujuan naik taraf dan penyelenggaraan sekolah di bawah Belanjawan 2019. Peruntukan keseluruhan sebanyak RM615 juta disediakan dan memberi manfaat kepada semua jenis sekolah di negara ini.

Di bawah perkara keempat, KPM telah melaksanakan semakan semula Akta Pendidikan 1996 bg mewujudkan peruntukan pendidikan wajib selama 11 thn.

Ini merupakan satu hasrat penting utk mengurangkan kadar keciciran anak-anak dlm sistem persekolahan dan memastikan kita memiliki generasi berilmu pd masa akan datang.

Perkara kelima pula merupakan program khusus utk mengurangkan kadar keciciran murid bg mengikuti pendidikan asas.

Program perintis Sifar Murid Cicir (PSMC) telah dilaksanakan di negeri Perlis, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat dan PPD Langkawi sebelum diperluaskan ke PPD Pasir Mas, PPD Kluang dan PPD Kulai.

Dapatan menunjukkan 26.1 peratus (262 orang) murid di sekolah menengah telah kembali ke sekolah melalui program ini. Sehubungan itu, KPM berhasrat utk meluaskan lagi pelaksanaannya bg memastikan manfaat menyeluruh bakal dirasai masyarakat di setiap peringkat.

Perkara terakhir di bawah teras ketiga ini ialah penggubalan Prosedur Operasi Standard (SOP) Keselamatan melibatkan murid dlm menghadapi bencana khusus termasuk pencemaran seperti bahan kimia.

Menjadikan murid sbg tonggak utama sistem pendidikan negara melihatkan bagaimana kerajaan begitu serius memastikan mereka merasai perubahan-perubahan besar ini. Segala yg dirancang sudah tentu utk manfaat murid.

KPM berhasrat mahu melihat generasi akan datang utk Malaysia ialah generasi yg bukan sahaja memiliki kepandaian dr sudut akademik, namun dilengkapi dgn nilai-nilai murni dan pekerti yg tinggi utk menjadi insan yg dihormati serta sentiasa disegani.

59064562 2767425639995358 345191748554719232 n 1 - Murid teras ketiga pencapaian KPM di bawah kerajaan PH - Maszlee

Loading...

Tags: #bawah #Kerajaan #Ketiga #Maszlee #Murid #Pencapaian #Teras

author
Author: 
    Soalan murid nakal ini buat gurunya hiba…
    Gambar hiasan Untuk renungan kita bersama *Hari Ini Saya Baik, Nanti Cikgu Beritahu
    5 Artis Ini Pernah Lakukan Hal Jorok? No 3 Pipis di Westafel, No 5 BAB di Celana Saat Konser!
    slidegossip.com – Artis itu juga manusia loh. Sama seperti yg lain, mereka juga
    Husnul Khatimah? 3 Artis Indonesia Ini Meninggal Usai Shalat, No 3 Masih Pakai Mukena!
    slidegossip.com – Jodoh, rezeki sehinggal ajal adalah rahasia Yg Maha Kuasa. Tak ada
    3 Artis Terkenal Indonesia Ini Mati Meninggalkan Hutang, No 3 Ketakutan dan Bunuh Diri?
    slidegossip.com – Umur manusia memang sudah ditentukan oleh yg Maha Kuasa. Tuhan bisa

    Comments are closed.