Murid, sekolah blh saman kilang cemar sisa toksik

Loading...

AF2EB446 42DE 4D0B 8C02 05DBD5AD5DA0 - Murid, sekolah blh saman kilang cemar sisa toksik
Imej via Jumpa Kat Mahkamah
Penduduk Pasir Gudang blh fail saman ke atas kilang yg melepaskan bahan sisa toksik sehingga menyebabkan ramai yg dimasukkan ke dlm hospital akibat insiden itu.

Malah, pelajar juga blh menyaman kilang terbabit dgn diwakili oleh ibu bapa. Itu kata peguam, Mohamad Siddiq Azani ketika dihubungi.

“Kanak-kanak atau pelajar blh menyaman pihak kilang yg bertanggungjawab terbabit, dgn diwakili oleh wakil litigasi masing-masing. Kebiasaannya wakil litigasi kepada kanak-kanak bawah umur adalah ibu bapa atau penjaga.”

Semalam, 111 buah sekolah telah ditutup akibat drpada pencemaran bahan kimia di sekitar kawasan Pasir Gudang.

Setakat ini hampir 500 orang telah dirawat di hospital di kawasan tersebut dan bilangan dijangka akan terus meningkat.

Menurut Siddiq, pihak hospital blh mengeluarkan laporan perubatan utk menyokong tuntutan yg hendak difailkan oleh pelajar tersebut.

“Tetapi pelajar atau ibu bapa perlu mengenal pasti terlebih dahulu siapakah dalang di sebalik insiden ini. Maka kita perlu tunggu siasatan dilakukan oleh pihak polis utk mengesan dan mendakwa pihak kilang yg terlibat.”

“Apabila kedapatan maklumat cukup, blh ambil tindakan saman. Ada juga pihak yg mahu menunggu sehingga kes jenayah selesai kemudian mengambil tindakan sivil ke atas pemilik kilang. Itu terpulang, tiada masalah selagi tidak lewat di bawah had masa yg dibenarkan.” tambahnya lagi.

Semalam akhbar melaporkan bahawa pihak pemilik kilang yg bertanggungjawab membuang sisa kimia toksik tersebut akan didakwa hari ini.

Sumber: Jumpa Kat Mahkamah

Loading...

Tags: #cemar #kilang #Murid #Saman #Sekolah #sisa #toksik

author
Author: 
    Surat Siaran Bil. 14/2019 Penjenamaan Semula Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu Kepada Bengkel RBT
    Surat Siaran ini bertujuan memaklumkan tentang penjenamaan semula Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu kepada
    Negaraku dlm Mandarin sekadar utk kefahaman – Siasatan KPM
    KUALA LUMPUR: Siasatan Kementerian Pendidikan mendapati, video nyanyian lagu kebangsaan, Negaraku dlm bahasa
    Surat Siaran Bil. 13/2019 Pelaksanaan Pengenalan Tulisan Jawi Dlm Bahasa Melayu Murid Thn 4 Mulai Thn 2020
    Surat ini bertujuan memaklumkan pelaksanaan Pengenalan Tulisan Jawi dlm kurikulum mata pelajaran Bahasa
    Isu Negaraku versi Mandarin: KPM siasat bukan satu sekolah
    MURID sekolah menyanyikan lagu Negaraku dlm bahasa Mandarin dan bahasa lain yg tular

    Leave a reply "Murid, sekolah blh saman kilang cemar sisa toksik"