Murid kritikal jatuh tingkat empat bangunan sekolah

Screenshot 2019 01 08 06 27 45 1 - Murid kritikal jatuh tingkat empat bangunan sekolah
Imej via Utusan

ALOR SETAR 7 Jan. – Seorang murid perempuan sebuah sekolah menengah di sini, kritikal selepas dipercayai terjatuh dr tingkat empat bangunan sekolahnya, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi, murid berusia 17 thn yg masih tidak sedarkan diri itu turut patah kedua-dua belah paha, tulang di bahagian tengkuk dan luka pd bahagian dahi.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) menerima panggilan kecemasan berhubung kes itu pd pukul 7.04 pagi.

Menurutnya, murid berkenaan memerlukan alat bantuan pernafasan dan masih dirawat di Zon Merah hospital tersebut.

“Memandangkan keadaannya masih kritikal, pasukan pakar-pakar yg merawat masih berusaha utk menstabilkan keadaan murid itu sebelum meneruskan rawatan lanjut,” katanya dlm kenyataan akhbar, di sini hari ini.

Setakat ini, belum dipastikan bagaimana murid tingkatan lima itu terjatuh, namun difahamkan terdapat sebuah kerusi ditemukan berhampiran tingkat empat bangunan berkenaan iaitu lokasi dipercayai dia terjatuh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin ketika dihubungi mengesahkan kejadian, namun enggan mengulas lanjut.

Dalam pd itu, seorang lelaki dipercayai bapa mangsa yg ditemui pemberita di pekarangan HSB juga enggan ditemubual.

Sumber – UTUSAN ONLINE

loading…

Loading...

Tags: #Bangunan #Empat #jatuh #kritikal #Murid #Sekolah #Tingkat

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Leave a reply "Murid kritikal jatuh tingkat empat bangunan sekolah"