Murid dakwa dpt kertas PT3 awal, JPN diarah lakukan siasatan

F40AA2E7 BA58 4CCD A141 FC0B9CC5C783 - Murid dakwa dpt kertas PT3 awal, JPN diarah lakukan siasatan

Rabu – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) digesa menjalankan siasatan sekiranya benar dakwaan kononnya kertas soalan beberapa mata pelajaran Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah diperoleh awal oleh calon.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, memandangkan kertas soalan PT3 adalah dokumen terperingkat terhad, maka individu atau kumpulan yg terbabit dlm penyebaran kertas soalan itu blh diambil tindakan.

“Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) PT3, tanggungjawab memuat turun dan mencetak kertas soalan adalah tanggungjawab pengetua, penolong kanan pentadbiran dan setiausaha PT3 di sekolah masing-masing.

“Dalam hal ini, personel (kakitangan) yg menandatangani Akta Rahsia Rasmi 1972, wajib mematuhi setiap prosedur penjaminan kualiti termasuk memastikan keselamatan kertas soalan.

“Perlu diambil maklum bahawa pengendalian PT3 sama seperti pengendalian peperiksaan akhir thn sekolah,” katanya dlm satu kenyataan hari ini.

Dalam pd itu, KPM berkata, Lembaga Peperiksaan berperanan sbg penyedia kertas soalan dan menetapkan format pelaporan.

Manakala sekolah berperanan mentadbir PT3 yg merangkumi penerimaan kertas soalan, mencetak, melaksanakan pentaksiran, memeriksa kertas jawapan, mencetak dan mengeluarkan pelaporan serta melaksanakan penjaminan kualiti seperti terkandung dlm Buku Panduan Pengurusan dan Pentadbiran Pentaksiran Tingkatan 3, 2019.

KPM berkata, memandangkan kertas soalan PT3 adalah dokumen terperingkat terhad, semua kakitangan pentadbiran dan pentaksiran bertanggungjawab terhadap kerahsiaan dan keselamatan kertas soalan itu.

“Sewajarnya, kertas soalan dan panduan penskoran PT3 hendaklah disimpan di bilik berkunci dlm almari besi berkunci di sekolah.

“Bagi memastikan kerahsiaan dan keselamatan kertas soalan, pergerakan kertas soalan dan panduan penskoran mesti direkodkan,” katanya.

KPM turut mengingatkan orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan mendapatkan maklumat rasmi drpada kementerian itu.

Sebelum ini, KPM menafikan berlaku kebocoran soalan kertas Bahasa Inggeris PT3 seperti yg tersebar di media sosial dan aplikasi WhatsApp sejak semalam.

FB IMG 1570024388664 - Murid dakwa dpt kertas PT3 awal, JPN diarah lakukan siasatan


Loading...

Tags: #Awal #Dakwa #diarah #Kertas #Lakukan #Murid #siasatan

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.