![]() |
Imej via http://skkampungbaru.blogspot.com> |
SUBANG JAYA: Pengetua bersara yg mendapat perhatian ramai dlm sebuah forum dihadiri Menteri Pendidikan, Maszlee Malik baru-baru ini, menolak tanggapan kanak-kanak Melayu di luar bandar secara semula jadinya lemah dlm pelajaran.
Chakaravathy mendakwa berlaku kemerosotan umum dlm kualiti pengajaran sejak itu yg menjejaskan semua pelajar tanpa mengira kaum dan kawasan.
Beliau menjangkakan tanggapan salah mengenai pelajar luar bandar mungkin berlaku kerana mereka tidak mempunyai kelebihan kelas tuisyen di luar waktu sekolah, seperti kebanyakan pelajar di bandar.
“Saya tidak setuju dgn tanggapan kanak-kanak Melayu luar bandar tidak blh berjaya. Ia terpulang kepada guru. Mereka perlu berdedikasi dan mempunyai keghairahan utk mengajar.”
V Chakaravathy menyuarakan pendapatnya dlm sebuah forum pendidikan yg dihadiri Maszlee Malik pd 14 Februari lalu.
Beliau mendakwa dedikasi dan semangat itu lebih ketara dlm kalangan guru generasinya.
Chakaravathy mula mengajar di sekolah menengah kebangsaan di luar bandar, 54 thn lalu. Beliau mengajar matematik dan kebanyakan pelajarnya mendapat A dlm peperiksaan.
Beliau mencapai kejayaan sama apabila mengajar di Maktab Tentera Diraja di Sungai Besi dr 1970 sehingga 1978.
Tetapi, Chakaravathy yg kini berusia 79 thn, nampaknya berbangga dgn pencapaian di sekolah di Setapak, yg menurutnya terkenal dgn kegiatan gengster ketika beliau mula bertugas di sana.
Selain menjalankan tugas sbg pengetua, termasuk membentuk disiplin dlm kalangan pelajar, beliau turut mengajar matematik.
Sepanjang perkhidmatannya di sana, sekolah itu pernah mencapai prestasi terbaik di Kuala Lumpur dlm peperiksaan tingkatan 6.
Beliau mendakwa guru mula hilang komitmen terhadap pekerjaan itu kerana sistem yg tidak memberi ganjaran kepada guru cemerlang, sebaliknya pengiktirafan diberikan kepada mereka yg mempunyai hubungan dgn pihak atasan.
Beliau berkata, kurang keghairahan dlm pekerjaan berterusan dan guru hari ini hanya mengajar drpada buku teks serta mengabaikan peranan mereka sbg “pencipta generasi berpengetahuan”.
Katanya, negara akan menderita jika trend itu berterusan.
Sumber: Free Malaysia Today
Tags: #bandar #Bekas #kebolehannya. #Luar #Murid #Pengetua #Sahaja #sama