
KULAI 27 Jan. – Kerajaan sedang mengkaji semula Akta Pendidikan utk mewajibkan semua pelajar melengkapkan persekolahan dr darjah satu sehingga tamat tingkatan lima.
Beliau berkata, Akta Pendidikan kini hanya mewajibkan murid-murid melengkapkan persekolahan dr darjah satu sehingga darjah enam sahaja.
‘‘Kita sekarang dah capai lebih 98 peratus anak-anak bersekolah (di sekolah rendah) tetapi sasaran kita ialah 100 peratus,’’ katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Ziarah Cakna peringkat kebangsaan di Pejabat Penidikan Daerah Kulai, hari ini.
Nie Ching berkata, program tersebut adalah lanjutan dr program ‘Sifar Murid Cicir’ yg dijalankan sejak Julai 2018 yg bertujuan mengenal pasti masalah yg dihadapi sesuatu keluarga yg menyebabkan anak-anak mereka gagal menghadiri sesi persekolahan.
‘‘Mungkin dgn cara ini (Ziarah Cakna) kita dpt berjumpa ibu bapa dan memahami masalah mereka.
‘‘Ibu bapa yg tidak mendaftarkan anak utk bersekolah pd umur tujuh thn, kita blh ambil tindakan undang-undang tetapi saya rasa dgn cara ini, guru-guru dan pemimpin tempatan dpt turun melawat ibu-bapa di rumah dan memahami masalah dihadapi mereka dan merangka tindakan yg blh diambil,’’ katanya.
Nie Ching menambah, pihaknya juga blh mengenal pasti bantuan yg perlu disalurkan kepada ibu bapa ini sekiranya mereka menghadapi masalah kewangan utk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
Sementara itu, beliau berkata, kerajaan tidak berhasrat utk memperkenalkan kembali sistem pengasingan kelas bg murid-murid sekolah.
Menurutnya, Ujian Kemasukan Thn Satu telahpun dimansuhkan kerana kerajaan percaya ia adalah terlalu awal utk melabel murid sekolah.
‘‘Kita harap kita dpt beri peluang yg sama kepada anak-anak ini. Dan di Finland, walaupun tanpa sistem pengasingan kelas, sistem pendidikan mereka adalah yg paling cemerlang dan jurang di antara murid-murid sekolah adalah yg paling kecil,’’ jelasnya. – BERNAMA
Tags: #bakal #LIMA #Murid #sehingga #Sekolah #Tamat #Tingkatan #Wajib