Mujaddara Arabic Lentil Rice

Mujaddara2 1 - Mujaddara Arabic Lentil Rice

Assalamualaikum..Bersua kembali setelah sekian lama tidak mengemaskini blog resepiraidah ini..Mujaddara membuka tirai, mknan tradisional vegetarian di Timur Tengah. Menggunakan bahan yg sedikit dan senang utk disediakan.

Bahan-bahan:

2 cawan kacang dal ~ direndam setengah jam
1 cawan beras(saya guna basmati) ~ direndam setengah jam
4 biji bawang besar ~ hiris nipis utk dijadikan bawang goreng
5 cawan air
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar serbuk jintan putih
Garam
Minyak

Cara penyediaan:

1. Masukkan dal dan air ke dlm periuk, masak sehingga mendidih atas api sederhana
2. Kecilkan api. Tutup periuk dan biarkan

reneh selama 20-25 minit atau sehingga dal lembut.
3. Masukkan beras, garam, serbuk jintan putih dan minyak zaitun ke dlm periuk dan kacau rata. Kalau air agak kering, tambahkan 1/2 air jika perlu. Tutup dan biarkan sehingga dal dan beras masak selama lebihkurang 30 minit.


4. Utk membuat bawang goreng, panaskan minyak dan goreng bawang yg telah dihiris tadi sehingga garing. Angkat dan toskan. 
5. Apabila dal dan nasi telah dimasak, ambil separuh bawang yg telah digoreng tadi dan campurkan ke dlm periuk, gaul rata. 
6. Hidangkan ke dlm pinggan dan taburkan bawang goreng diatas nasi dal tersebut.
 

Mujaddara - Mujaddara Arabic Lentil Rice

green lentils - Mujaddara Arabic Lentil Rice

Ini kacang dal yg saya gunakan.
** Saya menggunakan cawan dan sudu sukatan matrik

Loading...

Tags: #Arabic #Lentil #Mujaddara #Rice

author
Author: 
    RESIPI BUBUR KAMBING
    Assalammualaikum, salam semua. Pagi tadi che mat tiba2 ngidam bubur kambing. Nak bikin
    Telur Masak Kicap
    Telur Masak KicapBy Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan6 biji telur grade D atau
    Daging Kicap Bawang Goreng
    Daging Kicap Bawang GorengBy Kak Wan @ ResipicitarasawanSumber :  Pn Surianti @ Jendela
    Buat Sendiri Puding Mangga, Anak-Anak Pun Suka
    Sesekali jom buat puding mangga utk dihidang pd keluarga. Elok juga buat puding

    Leave a reply "Mujaddara Arabic Lentil Rice"