Mufti Perlis Keluar Kenyataan Isu Boikot Filem ‘Polis Evo 2’

Loading...

Selepas Lembaga Penapisan Filem mengeluarkan kenyataan berkenaan filem tersebut yg tidak mencemarkan agama Islam, terkini, Mufti Perlis, Dr. Asri pula mengeluarkan kenyataan. Kenyataan itu dikeluarkan selepas pihak penerbit menemuinya dan mempelawanya utk menonton filem berkenaan bagi melihat sendiri isi kandungan filem tersebut.

46346332 2029307577134586 1596855831196860416 n 1 - Mufti Perlis Keluar Kenyataan Isu Boikot Filem 'Polis Evo 2'

Berikut ialah kenyataan Dr. Asri di lama sosialnya:

ULASAN TENTANG FILEM POLIS EVO
Saya bimbang ada pihak TERSALAH faham dgn TAJUK berita ini. Apatahlagi media tidak melaporkan apakah nasihat saya itu.
Sebenarnya, pihak penerbit baru sahaja berjumpa saya dua hari lepas BUKAN sebelum penerbitan. Ketika itu saya telah memberikan beberapa pandangan umum setelah melihat trailer filem berkenaan. Antaranya;
1. Trailer filem ini memberikan mesej yg kurang baik tentang imej Umat Islam. Namun saya tidak tahu filem yg sebenarnya.
2. Saya tidak dapat memberikan komen secara pasti kerana belum menonton keseluruhannya.
3. Ketika dunia musuh menggambarkan umat Islam sbg pengganas, kita tidak wajar membantu mereka mengukuhkan lagi agenda itu.
4. Realiti di Malaysia setakat ini ekstrimis belum sampai ke peringkat seperti yg digambarkan dlm trailer itu. Saya rasa tiada keperluan nak digambarkan seperti itu. Kita bukan di kawasan Daesh atau ISIS. Saya bimbang ia memberikan gambaran salah tentang Malaysia yg harmoni yg menukar kerajaan tanpa menumpahkan setitis darah pun.
5. Jika pengganas itu sbg watak hitam atau jahat dlm filem berkenaan yg mewakili ajaran sesat atas nama Islam, apakah dlm filem ini ditonjolkan ajaran Islam yg sebenar yg harmoni? Jika ada, maka itu dapat menjaga nama Islam. Jika tiada tapi setakat pertarungan dgn pihak berkuasa sahaja, itu akan memberi mesej salah kepada penonton khususnya non-muslim. Saya beri contoh filem MUNAFIK yg menonjolkan watak salah tetapi ada watak baik yg mewakili ajaran Islam yg betul. Maka, tidak nampak Islam dihina ataupun dipersenda.
6. Apakah persepsi non-muslim terhadap Islam jika mereka menonton filem ini? Tidakkah nanti mereka akan menyatakan muslim sendiri akui mereka pengganas?
Walau bagaimanapun saya beritahu bahawa saya tidak dapat menilai dgn adil sehingga saya menontonnya. Namun, itulah isu-isu yg saya rasa perlu dinilai.
Itulah ulasan umum saya tanpa menghukum filem yg belum saya tonton. Terima kasih kepada penerbit yg datang bertemu dan mengajak saya menonton utk penilaian sebelum ditayangkan kepada umum. Jika ada masa, saya akan lakukannya. In sha Allah.

Kenyataan ini dikeluarkan apabila penerbit mendakwa telah mendapat nasihat drpada Mufti Perlis dan Mufti Wilayah Persekutuan. Dr. Asri tampil menjelaskan bahawa penerbit hanya berjumpanya selepas isu ini berbangkit beberapa hari lepas.
Polis Evo 2 di pawagam 22 November 2018.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Loading...

Tags: #'Polis #Boikot #Filem #Keluar #kenyataan #Mufti #Perlis

author
Author: 
    Jatuh cinta sungguh dengan material & corak terbaru square shawl dari ni…..
    Jatuh cinta sungguh dengan material & corak terbaru square shawl dari @galeriariani ni..
    Ini Video Rasmi Majlis Perkahwinan Sultan Muhammad V dan Oksana Voevodina
    Beberapa keping foto rasmi majlis perkahwinan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V kembali tersebar
    “Dia Ada Dua Ibu, Doa Ibu Yg Hebat.” – Rata-Rata Puji Erra Fazira Sambut Hari Lahir Anak Bersama Laudya Cynthia Bella.
    Puteri tunggal kepada aktres jelita Erra Fazira, Engku Aleesya baru saja menyambut ulang
    Alamak! Misai Dah Tumbuh La. Ini Jawapan Bersahaja Dari Nur Sajat Apabila Ditanya Tentang Bulu Halus Di Atas Bibir Montok Beliau.
    Ramai peminat terkejut,Jutawan kosmetik dan penyanyi Nur Sajat baru-baru in, dilaporkan mengidap peny4kit

    Leave a reply "Mufti Perlis Keluar Kenyataan Isu Boikot Filem ‘Polis Evo 2’"