Mudah Saja Buat Stok Ayam , Ikut Cara Ini

Loading...

Untitled design 10 5 - Mudah Saja Buat Stok Ayam , Ikut Cara Ini

Memasak jadi mudah dan sedap  jika tahu akan petuanya. Resepi bubur ayam utk bayi blh disediakan dgn lebih mudah jika anda mempunyai stok ayam yg telah tersedia dlm peti sejuk. Kalau nak tunggu ayam beku cair, mungkin akan mengambil masa yg agak lama.

Dengan membuat stok ayam sendiri, anda blh menambahkan sayuran seperti daun saderi atau herba seperti halia utk memberi lebih keberkesanan terhadap ketahanan badan bayi. Lihat resipi yg dikongsi oleh Yusherizan Marshella Yusoh  ini.

Bahan-bahan:

– Daging ayam seperti leher atau mana-mana bahagian tulang ayam yg lain. Kalau ada kaki ayam, buangkan kukunya terlebih dahulu.

– Lobak merah

– Daun saderi (‘celery’)

– 1 biji bawang besar

– 1 labu bawang putih  (Dilebihkan kerana bawang putih byk khasiat utk bayi. Bayi yg kurang suka, blh kurangkan sedikit)

–‘Baby tomato’ dipotong dua / tomato besar dipotong dadu

– Bunga lawang (jika ada)

– Cuka epal / lemon (untuk keluarkan khasiat dr tulang ke dlm kuah)

Nota: Guna periuk ‘stainless steel’ utk memasak. Tidak disarankan mengguna periuk aluminium kerana asid dlm lemon atau cuka akan bertindak balas dgn aluminium.

Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan dlm periuk. Letak air sehingga hampir penuh.

2. Renehkan atau ‘slow cook’ selama 12 jam. Kalau tak larat tunggu, cukuplah sekitar 2-4 jam. (Pastikan ayam empuk dan terlerai drpada tulang. Ada petua mengatakan renehkan sehingga air berkurang kepada 1/3 periuk)

3. Pdm api. Tapiskan isi drpada airnya. Kita ambil airnya. Isinya blh digunakan utk masakan biasa seperti nasi goreng atau sandwich ayam. Nak kisar utk diletakkan dlm bubur bayi pun blh.

4. Apabila air rebusan tadi sejuk, tuangkan dlm bekas kiub ais. Stok ayam terbaik kalau jadi kenyal dan jernih, mcm ‘jelly’.

5. Kalau nak guna, masukkan dlm bubur nasi atau oat. Panaskan atas periuk selama 4-5 minit.. Siap!

http://bit.ly/2T2hcoJ

Komen anda

Loading...

Tags: #Ayam #Buat #Cara #Ikut #Mudah #Saja #stok

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Mudah Saja Buat Stok Ayam , Ikut Cara Ini"