MRSM, asrama penuh tak patut jadi sekolah anak orang kaya – PIBGN

DSC 0699 1 - MRSM, asrama penuh tak patut jadi sekolah anak orang kaya - PIBGN

Tujuan asal penubuhan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) utk membantu golongan berpendapatan rendah perlu dikekalkan dan tidak sepatutnya kedua-dua sekolah itu berubah menjadi sekolah ‘anak golongan berada’.

Sehubungan itu, pemilihan pelajar ke sekolah elit itu sepatutnya tidak hanya bersandarkan kecemerlangan akademik, tetapi latar belakang serta pendapatan keluarga turut perlu diberikan perhatian.

Bagi Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Mohamad Ali Hasan, beliau menyambut baik langkah kerajaan utk meluaskan kuota kemasukan sehingga 60 peratus ke SBP dan 65 peratus ke MRSM bg pelajar drpada golongan B40 (berpendapatan rendah) mulai thn hadapan.

Justeru beliau mahu pengambilan pelajar mematuhi dasar 60 peratus dan 65 peratus yg ditetapkan utk mengelakkan berlakunya monopoli dlm kalangan pelajar yg bukan dlm kategori itu.

“Kalau dah ditetapkan kuota kepada pelajar B40 memasuki MRSM dan SBP, maka perlu dipastikan pihak yg menguruskan pengambilan pelajar mengikut kuota yg ditetapkan. Jika tidak mematuhi dasar, itu yg menyebabkan tempat pelajar dlm kumpulan tertentu akan diisi dgn mereka yg tidak sepatutnya,” katanya kepada Bernama.

Mohamad Ali berkata ia selari dgn dasar kerajaan baharu utk terus membantu golongan kurang berkemampuan memperoleh kemudahan pendidikan berkualiti.

Dakwaan anak dpt 6A tak ada tempat

Isu keutamaan pelajar keluarga B40 utk memasuki SBP atau MRSM dilihat menjadi isu yg sangat sensitif dlm kalangan ibu bapa kerana ramai yg berharap utk anak-anak mereka memasuki dua jenis sekolah itu berdasarkan merit pelajar.

Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah menyatakan komitmen mereka utk memberi lebih peluang kepada pelajar drpada keluarga B40, dgn Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Harun sendiri menegaskan pihaknya tidak mahu MRSM dimonopoli oleh golongan elit, sehingga mengganggu peluang utk golongan pelajar B40.

Apabila keputusan permohonan kedua-dua jenis sekolah itu bg kemasukan ke tingkatan satu thn depan diumumkan Jumaat lalu, media sosial dipenuhi pelbagai komen drpada ibu bapa terutama kalangan ibu bapa yg nama anak mereka tidak tersenarai.

Ada dakwaan bahawa anak mereka yg mendapat keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 6A dan aktif kokurikulum tidak mendapat tempat kerana berada dlm kelompok berpendapatan sederhana (M40) dan berpendapatan tinggi (T20) tetapi rakan anak-anak mereka yg hanya mendapat 1A diterima kerana datang drpada golongan B40.

Bagi ibu bapa yg menyokong usaha kerajaan yg mahu mengutamakan golongan B40 pula, alasan mereka pelajar dr golongan itu yg berpotensi tetapi mempunyai akses pendidikan yg terhad serta kehidupan di rumah serba kekurangan perlu dibantu utk dpt bersaing ‘di pdng yg sama rata’.

Sementara itu Mohamad Ali turut mencadangkan supaya pengambilan pelajar ke SBP dan MRSM turut difokuskan kepada pelajar di kawasan bandar bg mengelakkan mereka drpada terdedah dgn masalah sosial di bandar.

Senada dgn Mohamad Ali, Profesor Emeritus Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron juga mahu kerajaan mengetatkan syarat-syarat pengambilan supaya tawaran ke SBP dan MRSM diutamakan kepada golongan B40.

“Perkara ini perlu dilaksanakan bg mengurangkan jurang antara pelajar. Dgn adanya kuota ini juga, pelajar cemerlang dr pelbagai latar belakang pendapatan keluarga dpt menikmati pendidikan yg berkualiti,” katanya.

Mengenai pembiayaan pendidikan pelajar drpada keluarga berpendapatan rendah yg berjaya memasuki sekolah berkenaan, Isahak berkata satu skim bantuan pelajar perlu diwujudkan bg membantu mereka menanggung kos seperti tambang perjalanan, pembelian barangan persekolahan dan wang saku.

Timbul dakwaan ada pelajar drpada golongan B40 tidak memasuki MRSM atau SBP walaupun telah ditawarkan, kerana utk memasuki MRSM dan SBP mereka perlu mengeluarkan belanja yg agak byk sewaktu pendaftaran dan persediaan sebelum mendaftar, yg dianggap agak membebankan bg golongan terbabit.

Walaupun byk bantuan disediakan utk pelajar drpada keluarga berpendapatan rendah di MRSM dan SBP, lazimnya bantuan itu hanya diberikan selepas mereka memasuki kedua-dua jenis sekolah itu.

– Bernama

loading…

Loading...

Tags: #Anak #asrama #JADI #Kaya #MRSM #Orang #Patut #Penuh #PIBGN #Sekolah

author
Author: 
    Lirik Lagu Kill This Love -Blackpink lyrics
    Lirik Lagu Kill This Love -Blackpink lyrics BLACKPINK Lyrics“Kill This Love” Yeah,
    Tonton Drama Nur 2 Episod 11 Full
    Tonton Drama Nur 2 Episod 11 Full. Dlm episod kali ini, Madi dah
    OST Kamar Kamariah – Aku Bukan Malaikat (Siti Nurhaliza)
    OST Kamar Kamariah – Aku Bukan Malaikat (Siti Nurhaliza)  : Drama ini bakal menghiasi

    Leave a reply "MRSM, asrama penuh tak patut jadi sekolah anak orang kaya – PIBGN"