Misteri 30 Thn Telefon Garfield Sering Terdampar Di Pantai Akhirnya Terbongkar!

Loading...

Lebih 30 thn telah berlalu sejak telefon ‘Garfield’ berwarna jingga dilaporkan sering ditemui terdampar di pantai Finistere, Perancis. Akhirnya terbongkar!
Misteri telefon Garfield

“Persatuan kami telah wujud sejak 18 thn lalu dan hampir setiap kali kami membersihkan pantai, kami pasti akan jumpa serpihan telefon Garfield,” kata Claire Simonin, ketua kumpulan pembersihan pantai Ar Viltansou di Brittany.

Akhirnya, seorang penduduk tempatan mendedahkan bahawa dia pernah menemui satu kontena yg hanyut susulan ribut sekitar 1980-an.

Rupanya, kontena itu tersekat dlm gua yg sebahagiannya ditenggelam air dan hanya blh didekati sewaktu air surut.

Menurut Simonin kepada sebuah agensi berita, “Dia beritahu kami di mana terletaknya kontena itu. Ia amat membahayakan.”

“Kami jumpa satu fisur (rekahan) yg dlmnya 30 meter dan di bahagian bawah sekali, memang wujud serpihan kontena itu.

“Di bawah batu-batu besar di hadapan fisur itu, kami jumpa 23 telefon ‘Garfield’ yg masih lengkap dgn bahagian elektronik dan wayar. Ia berselerak di serata tempat,” tambah beliau.

Namun, kisah misteri itu masih belum menemui kesudahannya.

“Kami tidak tahu lagi apa yg terjadi pd waktu itu – mana datangnya kontena itu dan dr bot mana,” kata Fabien Boileau, Pengarah Taman Alam Sekitar Marin Iroise di Finistere.

Watak ‘Garfield’ merupakan ciptaan pelukis Jim Davis yg diwujudkan sejak lewat 1970-an dan ia berkembang menjadi siri televisyen dan filem di mana Garfield disuarakan oleh pelakon terkenal, Bill Murray.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

  • Garfield Kini Berusia 38 Thn Pd 2016!
  • Siapa Pencipta Kartun Spongebob Squarepants?

sumber: astroawani

Loading...

Tags: #Akhirnya #Garfield #Misteri #Pantai #Sering #TELEFON #Terbongkar #Terdampar

author
Author: 
    Guru lelaki maut ketika water rafting
    Gambar hiasan via MyAdventureHost GOPENG 15 Sept. – Seorang guru lelaki mati lemas
    8 Tips Lindungi WhatsApp Dari Hacker Nakal
    WhatsApp adalah aplikasi perpesanan terpopuler. Bagaimana tidak, jumlah pengguna aktif blnannya lebih dr
    Tips Pilih Tilam Yg Betul Utk Masalah Tulang Belakang
    Assalamualaikum… Tidur tu satu nikmat. Lagi-lagi lps satu hari suntuk kerja atau buat aktiviti
    Pengenalan Guru Nadi Negara angkat martabat guru – Maszlee
    Malah, kata beliau, KPM akan turun pdng ke setiap negeri di Malaysia utk

    Comments are closed.