Mini Swirl Pavlova

Loading...

aIMG 8365 1 - Mini Swirl Pavlova


Mini Swirl Pavlova
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan :
4 biji putih telur (180ml) suhu bilik
180 gm gula kaster
1 sudu teh cuka
1 sudu mkn rata tepung jagung
1 sudu teh serbuk vanila atau esen vanilla

Peralatan : Baking paper, Nozzle 1 M dan piping bag
Potongan buahan segar, kiwi, strawberry, blueberry, manga atau buah yg masam manis

Cara-cara :

  1. Panaskan oven pd suhu 120C.
  2. Asingkan kuning dr putih telur, pastikan tiada kuning telur termasuk dlm putih telur.
  3. Putar putih telur di dlm mangkuk yg bersih dgn kelajuan perlahan sehingga berbuih.
  4. Kemudian tukar kepada kelajuan sederhana dan putar sehingga putih telur berbuih dgn banyak.
  5. Masukkan gula sedikit demi sedikit, kemudian putar dgn kelajuan tinggi sehingga kental, bertanduk dan berkilat.  Jangan overbeat, pukul jangan melebihi 10 minit.
  6. Masukkan cuka dan esen vanillla. Putar sebentar dan masukkan tepung jagung.
  7. Putar sebentar saja sehingga tepung jagung bergaul rata.
  8. Masukkan meringue ke dlm piping bag dgn muncung nozzle 1 M.
  9. Pipe bentuk swirl ke atas loyang yg di alas baking paper.
  10. Masukkan ke dlm oven di rak tengah dan bakar selama 40-50 minit api atas dan bawah.
  11. Tutup api, biarkan pavlova di dlm oven dgn pintu tertutup selama 15 minit.
  12. Setelah sejuk, letakkan topping fresh cream dan tabur dgn hirisan buah-buahan.

aIMG 8335 - Mini Swirl Pavlova

Nota :
Untuk pavlova yg bersaiz besar, lukis bulatan saiz 6 atau 8 in, tuang dan ratakan meringue.
Tempoh bakar utk pavlova saiz 6 atau 8 lebih kurang 1 jam 15 minit, setelah di bakar biarkan selama 20 minit di dlm oven.
Guna telur segar pd suhu bilik.
Tempoh bakar bergantung pd saiz pavlova.

aIMG 8294 - Mini Swirl Pavlova

Topping Cream :
1 cawan non dairy fresh cream
1 sudu kecil esen vanilla

Putar dgn kelajuan tinggi sehingga kental.
Letak di atas pavlova dan tabur dgn hirisan buah-buahan.

aIMG 8316 - Mini Swirl Pavlova

Mini Swirl Pavlova
Loading...

Tags: #Mini #PAVLOVA #Swirl

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Mini Swirl Pavlova"