MINI PAVLOVA WITH MANGO FILLING

Loading...

PAVLOVA 1 - MINI PAVLOVA WITH MANGO FILLING

Assalam buat semua ..
Lepas buat biskut raya baru ada stok telur putih. 
Terlintas pula nak cuba buat Pavlova mini.
Selalunya buat yg besar tapi kejadiannya tidak begitu shantik
Tapi tu lah yg ni pun tak begitu syantik juga!
Dark skin sikit mungkin suhu oven terlebih panas walaupun saya bakar ikut suhu yg di sarankan dlm resepinya.
Nanti lain kali saya adjust lagi suhu oven sendiri.
Melt in mouth..best sangat tapi soooo sweetlah!
Saya tidak menggunakan fresh fruit seperti kebiasaanya
tetapi mengantikannya dgn Mango puree 
Resepi dr Abang Danish Red Kitchen.Thanks.
Resepi asal menggunakan Durian curd sbg fillingnya.
Let’s try baking.

MINI PAVLOVA WITH MANGO FILLING

Bahan Pavlova
6 biji putih telur gred A-suhu bilik
1 1/2 cawan gula kastor
2 sudu teh tepung jagung


1/2 sudu besar jus lemon
1/2 sudu besar esen vanila

Cara membuatnya

  • Panaskan oven pd suhu 130’c.
  • Alas baking tray besar dgn baking sheet.
  • Pukul putih telur dgn kelajuan tinggi sehingga gebu.
  • Bila sudah gebu,tambahkan gula sedikit demi sedikit dan putar lagi selama 10 minit dgn kelajuan tinggi.
  • Putih telur akan kelihatan sekata dan sedikit berkilat.
  • Masukkan jus lemon dan esen vanila dan kaup balik sampai rata.
  • Akhir sekali masukkan tepung jagung dan kaup balik sampai rata.
  • Paipkan mini Pavlova dlm bentuk bulatan ke atas baking sheet dan buat lubang sedikit di tengahnya utk diisi dgn filling nanti.
  • Bakar dlm oven dgn suhu 130’c selama 1jam 30 minit sehingga masak bergantung pd oven masing-masing.
Filling
buah mangga 

krim putar
hirisan mangga

  • Putar krim sampai kaku
  • blend mangga dan gaul dgn 1 sudu teh jus lemon.

saya tidak mencampurkan gula ke dlm kedua-dua bahan ini sebab Pavlova dan cukup manis.

Paipkan krim putar ke atas Pavlova dan isikan filling mangga.
Hias dgn hirisan mangga.
Sejukkan dlm peti ais.
Loading...

Tags: #FILLING #MANGO #Mini #PAVLOVA

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "MINI PAVLOVA WITH MANGO FILLING"