Michael Ang Sah Peluk Islam

Michael Ang Sah Peluk Islam - Michael Ang Sah Peluk Islam

SELEPAS pelbagai spekulasi, pengarah dan penerbit, Michael Ang akhirnya membuat pengakuan bahawa dia sudah memeluk agama Islam kira-kira setahun lalu.

Menurut Michael, dia berkongsi dgn masyarakat tentang perkara itu kerana enggan membiarkan masyarakat terus berteka-teki mengenai status agamanya terutama apabila dia mengunjungi masjid utk menunaikan solat Jumaat.

“Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya bergelar seorang Muslim. Saya dah sedia memberitahu semua mengenai perkara ini. Sejujurnya, selama saya mendalami agama Islam, masih ada byk perkara yg saya harus pelajari.

“Untuk saya mula tunaikan solat Jumaat, lebih baik saya berterus terang drpada ada orang melihat saya di masjid dan memperkatakan tentang perkara ini.

“Sebenarnya, kalau blh tak nak memperbesarkan kerana ini antara saya dan Allah,” katanya secara eksklusif menerusi laman Youtube Official Ria X pd Selasa.

Sementara itu, pengarah filem Kimchi Utk Awak ini meminta peminat mendoakan yg terbaik dan berharap penghijrahannya ini diberkati.

“Doakan sahaja saya kekal di jalan ini dan saya alu-alukan segala tunjuk ajar. Semoga kita semua menjadi yg terbaik di sisi Allah,” katanya.

Sebelum ini, pemilik nama Michael Ang Hai Swee ini dikatakan sudah memeluk agama Islam apabila memberitahu mula belajar berpuasa pd Ramadan thn lalu.

Menerusi muat naik terbaharu di Instagram, ramai peminat meninggalkan komen mengucapkan syukur di atas penghijrahannya itu.

“Alhamdulillah, dah setahun Michael peluk Islam. semoga sentiasa dibukakan pintu rezeki.

“Alhamdulillah, kami sangat berbangga dgn kamu. Bertambah seorang lagi umat Nabi Muhammad, nanti puasa penuh ya,” komen peminat.

 

View this post on Instagram

 

Assalamaulikum! Saya Budak baru Kalau ada salah tlg tegur. Doa kan la Yg baik2. Maaf Kalau saya rahsiakan ni dah lebih dr setahun. Cuba I rasa pekara ni ada lah antara saya dgn Allah dan keluarga saya. Kalau nak tgk pengakuan saya tgk la video ni https://youtu.be/1LIc5-tT7og

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

 

View this post on Instagram

 

Benarkah Pengarah Terkenal Michael Ang Telah Meneluk Islam? . Ramai yg mesej bertanya apakah benar Michael Ang telah memeluk Islam? Memandangkan @michaelang38 dah kongsikan, maka saya juga turut ingin kongsikan berita gembira ini. . Alhamdulilah. Ya benar beliau telah memeluk agama Islam lebih setahun lps bersama saya dan Sheikh Hussain Yee dan segala urusan pendaftarannya diuruskan oleh NGO saya iaitu Multiracial Reverted Muslims (MRM). Majlis pengIslaman berlangsung sederhana sahaja di rumah beliau. Kami berjanji merahsiakan sehingga beliau sendiri bersedia. . Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah.. Selamat kembali ke agama Islam, Michael.. Bglah ruang dan peluang utk beliau mendalami agama Islam mengikut kemampuan dan kelajuannya yg tersendiri. Jangan sindir dan perli tetapi berikan motivasi dan dorongan bukan sahaja utk beliau tetapi kepada semua yg mahu kembali kepada Islam. . #islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #michaelang #chinesemuslim #cinamuslim #muallafcina

A post shared by Firdaus Wong Wai Hung (@firdauswong) on

Sumber: mStar

The post Michael Ang Sah Peluk Islam appeared first on Islam Itu Indah.

Loading...

Tags: #Islam #Michael #Peluk

author
Author: 
    (Video) Ibu biadap, paksa ustazah anaknya merangkak keliling kelas!
    Tular sebuah video menyaksikan seorang Ustazah dipaksa merangkak keliling kelas sambil diperhatikan oleh
    Saman ibu paksa ustazah merangkak keliling kelas!
    Ini biadab. Sangat! Seorang ibu dipercayai ke sekolah anaknya dan memaksa ustazah merangkak
    Arti Kata Gaul Titit Meong
    Kamu pasti sering banget mendengar atau melihat kata Titit Meong, baik itu di
    Arti Kata Gaul Tenyom
    Kamu pasti sering banget mendengar atau melihat kata Tenyom, baik itu di dunia

    Comments are closed.