Meringue Ringankan Pastri dan Kek. Apa Benda Tu..

Untitled design 43 1 1 - Meringue Ringankan Pastri dan Kek. Apa Benda Tu..

Jika anda selak resipi bakeri dan pastri, meringue ni kerap ada kan. Kalau nak tahu meringue adalah putih telur yng dipukul bersama gula sehingga kental, sehingga bila dicuit dgn jari jadi bertanduk atau ‘soft peak’.

Untitled design 30 5 - Meringue Ringankan Pastri dan Kek. Apa Benda Tu..

Kredit Foto : lawsofbaking.com

Meringue selain dijadikan snek atau manisan yg blh dimakan begitu sahaja , ia juga digunakan dlm penyediaan kek span, mousse, kastard , pelbagai jenis krim. Juga dijadikan hiasan atas biskut,muffin dan pai.

Untitled design 31 5 - Meringue Ringankan Pastri dan Kek. Apa Benda Tu..

Kredit Foto : kingarthurflour.com

Ia juga adalah pencuci mulut yg sering dikaitkan dgn masakan Perancis, Switzerland, dan Itali. Secara tradisinya memanglah dibuat dr putih telur yang dipukul dan gula, dan kadang-kadang dimasukkan sedikit bahan berasid seperti lemon, cuka atau krim tartar.

Agen yg mengikat seperti garam, tepung jagung atau gelatin mungkin juga ditambah kepada telur. Tambahan serbuk gula, yg biasanya mengandungi tepung jagung, ke dlm meringue pula menghasilkan pavlova.

Untitled design 32 5 - Meringue Ringankan Pastri dan Kek. Apa Benda Tu..

Kredit Foto : azeliakitchen.net

Meringue sering diperasakan dgn rasa vanila, sedikit badam, atau kelapa. Utk nampak menarik pewarna diletakkan. Ia merupakan manisan yg ringan. Meringue buatan sendiri sering kenyal dan lembut dgn luar yg rangup dan dibakar pd suhu rendah 82-93 darjah celcius

Ok jom min share resipi pavlova yand dikongsi dr Kinrara Resort ini :

PAVLOVA

Untitled design 39 2 - Meringue Ringankan Pastri dan Kek. Apa Benda Tu..

BAHAN-BAHAN :

  • 300 gm telur putih
  • 500 gm gula
  • Secubit garam
  • 50 gm gula halus
  • 75 gm tepung jagung
  • 2 sudu mkn air lemon

CARA MEMASAK:

1. Pukul telur sehingga kembang.
2. Setelah kembang masukkan garam,gula halus, tepung jagung dan air lemon sehingga sebati.
3. Bakar pd suhu 100 darjah celcius selama 60 minit.

INFO CHEF : Jangan pukul putih telur terlalu lama, cukup sekadar kembang. Jika tidak putih telur akan kehilangan ‘volume’nya bila disatukan dgn bahan lain.

Saiz hidangan : 2 orang
Waktu Memasak : 1 jam
Cara : Bakar
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Pencuci mulut drpada ‘meringue’

Komen anda


Loading...

Tags: #Benda #Kek. #Meringue #PASTRI #Ringankan #Tu…

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Meringue Ringankan Pastri dan Kek. Apa Benda Tu.."