Menu Sihat Utk Tauhu Lembut Kukus Yg Ringkas Dan Senang Nak Buat

Loading...

Menu Sihat Utk Tauhu Lembut Kukus Yg Ringkas Dan Senang Nak Buat || Salam semua, fenomena cuaca panas sekarang ni, ya. walaupun berangin tapi hawa panas, Nak main bakar sampah tu hati – hati lah sikit ya. Kena perhati dgn suasana kering macam ni, huu. Panas haih, Harap – harap hujan turun selebat alam basahkan bumi yg kering – kontang. Amin.

Menu Sihat Utk Tauhu Lembut Kukus Yg Ringkas Dan Senang Nak Buat

Panjang lebarnya mukaddimah ya, lemau sikit nak menulis time musim panas ni tapi paksa diri nak rajin jugak. Siapa peminat tauhu lembut kukus ada tak ? ke tak ada. Lama sangat rasanya tak masak tauhu lembut kukus ni. Siapa yg nak diet memang elok lah mkn menu macam ni.

Biasa masak buat ringkas jerr, mkn tengah hangat sedap tau. Jom lah cuba menu diet yg ringkas ya. Penyediaan pun mudah sangat kukus jer. Ayam cincang tu blh lah nak letak banyak mana ya tak susah dan tak ada sukat -sukat.

Ala chinese style sikit sebab letak minyak bijan. Selamat mencuba. :). Nanti korang blh tonton di youtube ya kot ada yg yg tak nampak banyak mana nak letak ayam cincang tu hii. Siapa yg belum subscribe youtube kita, jemput – jemput subscribe ya.

Menu Sihat Utk Tauhu Lembut Kukus Yg Ringkas Dan Senang Nak Buat

Bahan – bahan

4 ulas bawang putih dicincang halus
1/2 sudu besar tepung jagung dilarut dgn hampir 3/4cawan air
Serbuk lada sulah putih
Tauhu lembut 1 paket
Ayam cincang sama ada nak cincang sendiri atau beli yg dah siap
Sos tiram secukupnya
Kiub pati ayam secukupnya
Minyak bijan
Daun ketumbar sbg hiasan

Cara – cara

1. Tauhu lembut keluarkan letak dlm bekas kaca tahan panas
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi
3. Masukkan ayam cincang dan juga serbuk lada putih  dan kacau sehingga ayam masak
4. Masukkan bancuhan air tepung jagung, sos tiram dan juga kiub pati ayam
5. Kacau sehingga sos  mendidih dan nampak pekat
6. Kemudian, tuangkan atas tauhu lembut utk dikukus
7. Masukkan ke dlm periuk kukusan, titik minyak bijan dan kukus selama 15 minit
8. Keluarkan dan hias dgn daun ketumbar. Siap utk dihidangkan terus

Loading...

Tags: #Buat #Kukus #Lembut #MENU #Ringkas #Senang #Sihat #TAUHU

author
Author: 
    Ketua Juri Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak akan diambil tindakan – KPM
    Putrajaya, 15 Okt – Isu debat Bahasa Inggeris yg tular di media sosial
    Apa Itu Deepfake dan Inilah Bahayanya
    Aplikasi kamera saat ini sudah sedemikian canggih. Para pengguna sekarang bisa membuat kaki
    [Video] Tular di media sosial, kenali insan istimewa ini secara lebih dekat
    Luar biasa. Walaupun dilahirkan tanpa tangan, Puan Nor Farrah Syahirah Shah Ikon Inspirasi
    Kementerian Pendidikan digesa ambil tindakan penganjur Debat Piala Tun Razak
    SHAH ALAM – Presiden Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar

    Leave a reply "Menu Sihat Utk Tauhu Lembut Kukus Yg Ringkas Dan Senang Nak Buat"