Menu Sahur Ringkas Resepi Udang Goreng Nestum Yg Sedap Cukup Masin, Manis, Lemak Dan Pedas

Menu Sahur Ringkas Resepi Udang Goreng Nestum Yg Sedap Cukup Masin, Manis, Lemak Dan Pedas || Salam semua, alhamdulillah selamat berpuasa semua utk thn 1440 Hijrah ini. Dah sahur apa tadi hii, kita goreng telur mata kerbau mkn dgn nasi, berkuah kicap, yg simple – simple dulu, tak blh lagi nak fikir menu yg sedap – sedap. Sebab sahur ni , tak berapa nak lalu mkn jugak ni huu.

C360 2019 04 23 12 11 23 295 01 - Menu Sahur Ringkas Resepi Udang Goreng Nestum Yg Sedap Cukup Masin, Manis, Lemak Dan Pedas

Sebelum tu, kita nak ucap terima kasih buat yg sudi singgah blog. Semalam pageviews mencanak naik dlm 7K lebih. Terkejut kita. Ramai ni yg cari resepi. Musim orang cari resepi. Rezeki bulan puasa memang macam tu blog kita tiap -tiap thn, kalau hari – hari syok jugak. 😀

Kita pun nak share resepi ini, rasanya blh buat lauk sahur sebab nak masaknya tu simple la jugak. Ini gambar dah lama ni time sebelum puasa lagi buat. Udang besar sangat fresh dr laut. Akhirnya jadi menu udang goreng nestum.

Banyak – banyak resepi, resepi yg ini berkenan jugak sebab tak letak bawang putih, lagipun dah banyak kali dah guna resepi ni. Nestumnya yg rangup dan nampak berderai tu kita suka, memang a keeper lah resepi ni. Seingat dulu, first time buat, nestum tak nampak cantik macam ni ia jadi melekit.

Terfikir la kenapa jadi macam melekit nestum nya, selepas jumpa resepi ni baru tahu ada bahan rahsia nak jadi nestum tu berderai dan rangup jerr. Rupanya ada susu tepung, itu lah bahan rahsianya ya. :D.

C360 2019 04 23 12 17 01 981 01 - Menu Sahur Ringkas Resepi Udang Goreng Nestum Yg Sedap Cukup Masin, Manis, Lemak Dan Pedas

Kalau udang goreng macam ni, bagi kita sedap ratah hii tapi mkn dgn nasi pun sedap jugak. Buat siapa yg tak ada idea menu sahur utk hari – hari seterusnya, blh lah plan masak udang goreng nestum.

Rasa pun dah cukup masin, manis, lemak dr susu dan pedas. Nestum pun rangup jerr. Memang memikat selera kalau nak buat utk menu sahur.

Kalau blh guna udang besar isi pun banyak sikit nak gigit, tapi nak guna udang sederhana blh jerr. Selamat mencuba. Kalau nak tonton video kat bawah dulu silakan. Jemput subscribe ya.. Terima kasih. 🙂

Menu Sahur Ringkas Resepi Udang Goreng Nestum Yg Sedap Cukup Masin, Manis, Lemak Dan Pedas

Bahan – Bahan

10 – 12 ekor udang saiz XXL ( guna udang saiz besar )
1/2 dr 1 biji telur yg telah dipukul
Garam
Serbuk lada putih
3 sudu besar tepung jagung
2 tangkai daun kari
2 tangkai lada burung merah dihiris serong
1 cawan nestum
3 sudu besar susu tepung
1/2 sudu teh gula halus
3 sudu besar butter

Cara – cara

1. Mula – mula sekali,siang udang buang segala najis belah butterfly, nanti goreng cantik. Kemudian basuh dan sejatkan.
2. Kemudian dlm satu mangkuk, masukkan tepung jagung, garam secukup rasa, serbuk lada putih. Masukkan udang tuang kan telur yg telah dipukul, gaul rata dan perap sekejap.
3. dlm mangkuk lain, satukan nestum, susu tepung dan juga gula halus. Kacau rata ketepikan sekejap.
4. Goreng deep fry udang sampai garing sebab suka garing.
5. Dlm kuali lain, masukkan butter, setelah butter cair masukkan daun kari dan juga lada burung.
6. Dgn api kecil, kacau sampai daun kari naik bau dan nampak crispy.
7. Masukkan campuran nestum dan terus kacau sampai nampak keemasan dan rangup.
8. Kemudian, baru masukkan udang dan gaul rata.
9. Siap dan blh hidangkan terus.


Loading...

Tags: #CUKUP #GORENG #Lemak #Manis #Masin #MENU #Nestum #PEDAS #Resepi #Ringkas #Sahur #Sedap #UDANG

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.