Menu Masakan Laut Jadi Kegemaran Datin Saidatulnisa

untitled design 2019 04 12t153449.050 12 31 848726 1 - Menu Masakan Laut Jadi Kegemaran Datin Saidatulnisa

Teruja melihat sentuhan jurusolek tersohor Datin Saidatulnisa Aminuddin kala merias wajah, sungguh anggun, tak jemu mata memandang. Maka tidak hairan beliau sering menjadi pilihan golongan elit dan bangsawan. Pengalaman yg luas dan peribadinya yg sentiasa merendah diri meletakkan diri beliau istimewa buat mereka yg mengenalinya.

Biarpun sibuk dgn urusan kerja, rumah tangga tetap diutamakan. Ketika bertanya pd Datin sudikah utk berkongsi resipi dr air tangannya sendiri, tanpa menolak krew RASA dipelawa ke kediaman indah beliau.

Cuma pesannya “ tak tahu apa rasanya bila sesekali masak,” Ternyata bila kami merasa hidangan dr air tangan beliau jauh dr apa yg diperkata, sangat sedap dan bertambah kami semua mkn.

Turut meriah pd hari tersebut Datin Saidatul ditemani suami tercinta Datuk Mohd Ariffin Abdullah serta jemputannya yg merupakan teman-teman rapat. “Seronok bila dpt mkn ramai-ramai mcm gini, sambil mkn sambil bertukar cerita,” akui beliau.

untitled design 2019 04 12t153449.050 12 31 848726 1 - Menu Masakan Laut Jadi Kegemaran Datin Saidatulnisa

untitled design 2019 04 12t154810.874 12 57 219069 - Menu Masakan Laut Jadi Kegemaran Datin SaidatulnisaMasakan yg digemari keluarga

Cerita Datin Saidatul, keluarga lebih mementingkan healthy food dan kurangkan mkn mknan berkoleksterol tinggi memandangkan dlm keluarga iaitu ayah ada gout, maka anak-anak pun risau dirinya pula ada gout. Oleh kerana pentingkan kesihatan, anak-anak lebih suka beliau menyediakan masakan yg berebus.

“Cara memasak saya sangat simple. Contohnya setiap hidangan mesti ada sayur. Datuk paling menggemari nasi lemak. Kalau masak nasi lemak di waktu tengah hari. Antara lauk pauknya ialah ayam masak merah, telur goreng dan kangkung celur,” terangnya.

Akui beliau byk mengikut cara emak memasak. Kegemaran masakan emak ialah asam pedas. Hari-hari lauk tersebut dimasaknya kerana arwah bapa sangat menyukai Asam Pedas Ikan Parang. Jadi sudah terbiasa dgn asam pedas maka satu keluarga menyukai asam pedas dan juga masak lemak cili api.

“ Tak ada rahsia dlm masakan , emak masak simple , campak-campak je. Dlm keluarga yg pandai masak ialah kakak dan Jojie,”akuinya.

Dalam mencari bahan basah utk dimasak, beliau lebih suka berkunjung ke pasar yg menawarkan barang yg segar seperti pasar di Pandamaran atau di aeon Jusco.

Menurut beliau, tiga masakan utama pd hari ini adalah menu kegemarannya. “ Saya memang suka mknan laut. Blh dikatakan setiap minggu mkn ketam. Namun bila check kolesterol tinggi, terus anak-anak bising. Mereka terus suruh saya stop mkn atau masak mknan laut,” ceritanya.

Sempat juga berkongsi tip masakan, bg masakan bercili, cili perlulah digoreng sehingga naik minyak. Kalau rasa mentah, rasa tidak enak buat kita tak lalu nak mkn. Bila masak gulai lemak pula, emak pesan jangan tinggalkan , ia perlu selalu dikacau agar tidak pecah minyak.

untitled design 2019 04 12t155124.058 12 58 599234 - Menu Masakan Laut Jadi Kegemaran Datin Saidatulnisa

KETAM MASAK LEMAK CILI API

Bahan A

500 gram ketam (dibersihkan)

2 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa)

3 batang serai (diketuk)

Garam secukup rasa

Bahan B

15 biji cili api-kisar

2 biji cili merah- kisar

2 inci kunyit hidup-kisar

1 cawan air

Cara memasak:

1. Masukkan bahan yg dikisar. Ketam, serai dan garam ke dlm periuk. Masakkan sehingga mendidih.

2. Masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendidih sekali lagi.

3. Perasakan garam dan tutup api.

4. Sedia dihidangkan.

untitled design 2019 04 12t155258.548 12 39 239852 - Menu Masakan Laut Jadi Kegemaran Datin Saidatulnisa

SOTONG MASAK KICAP

BAHAN A

3 ekor sotong (dipotong kecil)

2 biji tomato (dipotong empat)

1 pokok daun bawang (dipotong kecil)

3 sudu mkn kicap pekat

3 sudu mkn sos tomato

2 cawan air

3 sudu mkn minyak masak

BAHAN B

1 labu bawang besar

2 biji cili merah

2 ulas bawang putih

1 inci halia

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg dihiris sehingga wangi.

2. Masukkan sotong dan goreng sehingga garing.

3. Masukkan air, kicap pekat dan sos tomato. Biarkan sehingga mendidih.

4. Apabila mendidih, masukkan sotong, tomato, bawang besar, daun bawang dan kentang.

5. Gaul dan angkat. Sedia dihidangkan.

untitled design 2019 04 12t155423.864 12 49 558092 - Menu Masakan Laut Jadi Kegemaran Datin Saidatulnisa
SAMBAL UDANG PETAI

BAHAN A

500 gram udang

30 biji petai

1/2 cawan air asam jawa

3 tangkai serai (diketuk)

3 sudu mkn minyak masak

1 sudu teh gula

Garam & gula secukup rasa

1 labu bawang besar

BAHAN B (DIKISAR)

20 tangkai cili kerlng

10 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

Sedikit belacan

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg dikisar dan serai sehingga pecah minyak.

2. Masukkan air asam jawa. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak.

3. Masukkan udang, petai, bawang besar, garam dan sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dgn api yg kecil.

4. Apabila sudah pekat dan pecah minyak, tutupkan api dan hidangkan


Loading...

Tags: #Datin #JADI #Kegemaran #Laut #Masakan #MENU #Saidatulnisa

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Comments are closed.